Buffet Ramadhan Murah 2015
Assalamualaikum dan salam 1Dunia, pada awalnya tiada niat nak menulis entri khas buffet Ramadhan tetapi terlalu banyak trafik masuk mencari dan majoriti tersinggah ke entri Buffet Ramadhan Murah 2014, jadi menjadi tanggungjawab untuk memberi informasi yang betul.
Buffet Ramadan murah di Laman Kayangan di Shah Alam
Dalam pemilihan lokasi berbuka puasa pastikan ada sijil halal daripada JAKIM dan ada surau dan paling baik ada solat terawih seperti di Hotel De Palma Shah Alam dan Hotel De Palma Ampang. Bukan apa takut-takut tuan dan puan yang menguruskan majlis tersebut tertanggung pulak apa yang sepatutnya tak perlu ditanggung. Untuk mengetahui lokasi buffet Ramadhan sila klik “Senarai Buffet Ramadhan Hotel dan Restoran Malaysia 2014“.
Dalam keadaan ekonomi yang agak mendesak sudah pasti bajet menjadi keutamaan dan Buffet Ramadhan murah akan menjadi keutamaan di kalangan penganjur. Berikut adalah antara senarai lokasi yang menyediakan buffet Ramadhan yang murah :
1. Laman Kayangan Seksyen 7 Shah Alam
– RM69 seorang dewasa
– RM35 untuk kanak-kanak berumur 7-12 tahun
– RM35 untuk warga emas berumur 60 tahun ke atas
– Semua harga ini tidak termasuk cukai GST sebanyak 6%
– Tel : 019 452 0215/012 699 6634/013 435 7935/017 218 1875/012 253 3973/03 5542 4200





Categories :
Unknown



0 comments:
Post a Comment