Ekor anjing berapa pun dilurut (akan dia) tiada juga betul. |
Orang yang memang jahat itu tidak dapat diajar, sekali-sekala ia hendak berbuat jahat juga. |
| Elang terbang mengawan, agas hendak mengawan juga. | Orang miskin yang hendak meniru-niru perbuatan orang-orang kaya. |
| Elok arak di hari panas. | Orang yang bersukacita sebab maksudnya sampai. |
| Elok basa 'kan bekal hidup, elok budi bekal mati. (basa = tegur sapa.) | Orang yang baik bahasanya jadi kesayangan orang selagi hidup, sesudah mati jadi kenang-kenangan. |
| Elok buruk dan busuk hanyir. | Kesenangan dan kesusahan selalu beriringan. |
| Elok kata dalam muafakat, buruk kata di luar muafakat. | Apa yang hendak dikerjakan baik dibicarakan dulu dengan kaum keluarga dan sebagainya supaya pekerjaan itu selamat. |
| Elok lenggang di tempat datar. | Bersuka hati haruslah pada tempatnya atau pada waktunya yang patut. |
| Elok palut pengebat kurang. (palut = balut, bungkus; kebat = ikat.) | Tampaknya bagus, tetapi sebenarnya masih belum baik. |
| Emas berpeti, kerbau berkandang. | Harta-benda harus disimpan baik-baik di tempatnya masing-masing supaya selamat. |
| Embacang buruk kulit. | Kelihatannya tidak baik tetapi yang sebenarnya baik sekali. |
| Embun di hujung rumput. | Tiada kekal. |
| Empang sampai ke seberang, dinding sampai ke langit. (empang = bendungan.) | Perselisihan yang tak dapat didamaikan lagi; aturan yang tak dapat diubah. |
| Empat gasal, lima genap; dikendur berdentang-dentang, ditegang berjela-jela. (gasal = ganjil.) | Tutur kata orang yang bijaksana selalu tersembunyi maksudnya. |
| Empat sudah bersimpul satu. | Kesempurnaan yang diperoleh daripada empat orang: orang yang berilmu, orang yang berakal, orang yang mahir dan orang yang rajin. |
| Enak lauk dikunyah-kunyah, enak kata diulang-ulang. | Nasihat yang baik perlu diulang-ulang menyebutnya. |
| Enau mencari (= memanjat) sigai. | Perempuan mencari lelaki. |
| Enau sebatang dua sigainya. | Satu pekerjaan yang dikepalai oleh dua orang; seorang perempuan yang menduakan suaminya. |
| Enggan seribu daya, mahu sepatah kata. | Kalau tak suka biasanya banyak alasannya. |
| Enggang apa kepada enggang; orang apa kepada orang. | Memang mudah menyuruh berbuat begini begitu, tetapi yang sukar ialah yang mengerjakannya. |
| Enggang lalu atal jatuh, anak raja (mati) ditimpanya. (atal = buah kayu makanan Enggang.) | Lain yang bersalah, lain yang menerima hukuman. |
| Enggang lalu ranting patah. | Sebab yang secara kebetulan meninggalkan akibatnya. |
| Engkau belum mencapai pengayuh, aku telah sampai seberang. | Tujuan telah lebih dulu diketahui hanya dengan melihat tingkah laku atau bicaranya saja. |
| Entak sedegam, langkah sepijak. | Seia-sekata; semuafakat. (degam = bunyi gemuruh.) |
| Entimun bongkok. | Tidak masuk hitungan dalam pergaulan. |
| Esa hilang, dua terbilang. | Berusaha dengan keazaman yang bersungguh-sungguh dan tidak takut menanggung risikonya. |




Categories :
Unknown



0 comments:
Post a Comment