Showing posts with label Jalan-Jalan. Show all posts
Showing posts with label Jalan-Jalan. Show all posts

Wednesday, March 09, 2016

BAGAIMANA UNTUK TRAVEL KE JEPUN DENGAN BAJET BAWAH RM3,000 SAHAJA !!

BAGAIMANA UNTUK TRAVEL KE JEPUN DENGAN BAJET BAWAH RM3,000 SAHAJA !!

Japan-Holiday

Jika anda seorang yang berminat dengan Bahasa Jepun, tentunya anda mempunyai keinginan untuk pegi melawat ke Jepun juga satu hari nanti. Tapi selalunya orang akan merungut dengan kos yang tinggi di samping nilai matawang ringgit yang jatuh sekarang ni.

Tapi, tahukah anda, sebenarnya dengan berbekalkan RM3,000 sahaja sudah cukup untuk pergi berjalan di sekitar Tokyo dan tempat menarik di sana untuk 4 hari 3 malam. Berikut disenaraikan jumlah perbelanjaan untuk kesana :

  • Tambang kapal terbang : Menaiki Air Asia X – Tambang RM1,205

  • Sampai di airport, pengangkutan dari airport ke Hotel di Nihonbashi, Tokyo (Airport Bus) : 2,600 yen bersamaan dengan RM79 x 2 = RM144 ( Pergi Balik)

  • Kos Hotel di Hotel Yanagibashi, Tokyo : RM251/malam x 3 malam = RM753

  • Kos untuk pergi ke Akihabara ( Bandar Elektrik ) : Pergi Balik : 600 yen = RM19.80 ( Dah sampai sini, boleh jalan-jalan sekitar Tokyo tanpa naik keretapi )

  • Kos makan sehari : 1,000 yen = RM 33 x 4 hari = RM132

                   -Breakfast : Soba 210 yen

                   – Lunch Bento : 350 Yen (Nasi, Ikan, Sayur)

                   – Dinner : Spaghetti 400 yen  ( Minuman : Air kosong                                               free)

  • Tiket Disneyland : 6,900 yen = RM210

  • Pengangkutan ke Disneyland : 800 yen ( Pergi balik) = RM24

  • Pengangkutan ke Gunung Fuji : 9,000 yen ( Pergi Balik ) = RM272

  • Perbelanjaan lain dan hadiah : RM 200

Total perbelanjaan keseluruhan : RM2,959.80

Bayangkan dengan hanya berbekalkan RM2,959.80, anda sudah cukup untuk bayar flight tiket, bayar penginapan, boleh pergi mount Fuji, jalan-jalan sekitar Tokyo, dan siap boleh pergi Disneyland lagi !!! Macam mana, best tak tips melancong ni ? Semua perbelanjaan ini adalah berdasarkan nilai matawang semasa dan harga semasa. Tiada perubahan sangat.

Nota : Untuk anda yang berminat untuk mempelajari dan menguasai komunikasi Bahasa Jepun dalam masa yang singkat boleh dapatkan ebook khas teknik  Bahasa Jepun yang kini semakin mendapat sambutan hebat di pasaran. 

Jadi, jangan jadikan alasan masalah ekonomi untuk menghalang kita pergi melancong. Yang penting, pandai cari tempat dan betul caranya, pasti akan dapat enjoy perlancongan tu dan lebih menjimatkan. 


Wednesday, July 01, 2015

Amsterdam

Kembara Amsterdam 2015

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, dari Kembara Paris kami bergerak menaiki keretapi laju Tahlys yang berkelajuan maksima 300km/jam dari Station Guar De Nord. Pemandu teksi yang mengantar kami berulang kali bagi warning supaya menjaga barang-barang berharga ketika berada di Station Guar De Nord kerana banyak sindikit pencopet di sini. Perjalanan merentasi bumi Perancis ke Holland melalui Belgium melalui muka bumi yang sangat cantik sehingga tak terlelap mata.

Selepas tiga jam setengah singgah sekejap di Station Brussel, Antwepen, Schiphol akhir kami sampai di Station Amsterdam Central. Biasalah untuk seorang blogger pekara pertama setting roaming untuk update news, Celcom di Holland guna khidmat telco Vodafone. Apartment yang kami sewa hanya sejauh 300 meter dari Station Amsterdam Central jadi kami hanya berjalan kaki sahaja. Pemandangan pertama yang dilihat basikal sana basikal sini, basikal di mana-mana memenuhi kota Amsterdam.

Sebelum sampai Amsterdam risau juga dengan makanan halal tapi alhamdulillah dalam perjalanan ke apartment sudah jumpa tiga restoran halal dan paling best sebelah apartment pun ada restoran tandori halal. Alhamdulillah apartment yg kami sewa pada kadar RM2100 sehari memang besar, tiga tingkat jadi setiap pasang duduk satu tingkat. Kemudahan dapur dan mesin basuh pun ada, cuma yang mencabar nak bawa naik beg besar dicelah tangga yang sempit dan berpusing untuk naik ketingkat satu, dua dan tiga, nasib baik ada tiga jejaka gagah.

Apartment yg kami sewa memang di tengah-tengah Kota Amsterdam dekat dengan kawasan membeli belah dan Dam Square. Hari pertama kami window shopping di kedai-kedai belakang apartment dan singgah juga di Mall de Bijenkorf yang ada berbagai jenama terkenal dunia seperti Gucci, LV, Hermes dan sebagainya. Tak jauh dari Mall de Bijenkorf lebih kurang 100 meter sahaja kami juga singgah di Magna Plaza yang juga ada bermacam jenama.

Hari kedua kami pusing-pusing Kota Amsterdam menaiki Canal Cruises selama tiga jam pada kadar €22 yang juga boleh naik Big Bus Amsterdam. Memang banyak tempat menarik di Amsterdam tetapi kami tidak singgah. Kami hanya singgah di Body Worlds Amsterdam melihat pameran tubuh manusia yang diawet. Di Amsterdam memang ada macam-macam muzium kalau ada masa memang bagus singgah disemua tempat menarik ini selain taman bunga Keukenhof yang sungguh cantik. Dua hari di Amsterdam terlalu pendek untuk singgah disemua tempat menarik di Amsterdam. Uniknya Amsterdam selain basikal adalah bentuk bangunan yang bermacam rekabentuk menarik.

Dari Amsterdam kami pulang ke London melalui Airport Schiphol ke London Gatwick Airport. Persinggahan sehari untuk aku sebelum pulang ke Kuala Lumpur. Di London kami menetap di Days Hotel Waterloo, dapat diskaun pada kadar £70 semalam sebab syarikat Malaysia Shapadu Bhd salah satu pemegang saham hotel ini. Bagusnya Days hotel ini hanya beberapa ratus meter dengan restoran Halal Chicken Palace dan Cafe Ishaq. Dah ada kat London kalau tak singgah pusat membeli belah Harrods memang tak sempurna. Untuk kali ke dua berada di London tapi tak sempat nak singgah Stadium Emirates.

Sebelum balik kami di bawa oleh pemandu Mr. Hassan ke Bicester Village, pusat membeli belah berbagai jenama yang terletak lebih kurang sejam setengah memandu dari Kota London. Memang banyak jenama dengan diskaun sangat menarik. Tapi punyalah ramainya orang Malaysia dah macam di Malaysia pulak. Paling tak sangkat terjumpa Kakak Fatimah tuan Homestay Mesra di Auckland New Zealand yang bercuti dengan adik dan anaknya. Terasa kecik betul dunia ini. Selain itu terjumpa juga mantan Ketua Pengarah JAKIM dan mantan Ketua Pengarah JPJ. Bagusnya Bicester Village ini ada tempat solat tapi nak cari makanan halal memang susah kena bawa bekal itu yang terbaik. Memang tak terikut orang Arab yg bedal je makan kebab dan sandwich yang dijuak di outlet dalam kawasan tersebut.

Lapan hari Kembara Europe dari London ke Paris ke Amsteram dan berakhir di London terasa terlalu sekejap. Masa untuk meninggalkan London dengan penerbangan MAS melalui terminal 4 London Heathrow Airport. Haji Zainal dan isteri pulang lewat sehari dan Haji Yusri dan isteri pulang lewat dua hari. Alhamdulillah proses imigrasi dan claim cukai semuanya dipermudahkan ALLAH. Rezeki dalam alam pesawat kami duduk sebelah Kakak Ann dari Batu Anam Segamat. Aku tak berapa kenal tapi insyaa Allah abah aku mesti kenal sebab orang lama satu mukim. Selain itu berkenalan juga dengan sahabat dari Johor Bahru saudara Nidzam yang membawa keluarga ke beberapa negara di Europe.

Alhamdulillah syukur ALLAH permudahkanKembara London dan Kembara Paris serta Kembara Amsterdam kami dengan diberi kesihatan dan keselamatan. Semuga kembara ini ada manafaat untuk kehidupan seterusnya. Masa untuk kerja kuat kumpul dana untuk Kembara 2016.

Wellington ke Christchurch


Perjalanan Mencabar Wellington ke Christchurch

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, awal-awal pagi meninggalkan apartment Boulcott Suites untuk mengejar ferry pertama jam 8.30 am. Kami mesti check in 45 minit sebelum belayar dan juga perlu pulangkan van sewa.

Sampai dipelabuhan 50 minit awal, selepas loading bagasi terus hantar van ke parkir kereta sewa. Kepercayaan di New Zealand sangat tinggi tidak ada sesiapa yang menunggu ketika kami pulangkan van dan kunci hanya perlu dimasukan ke dalam kotak khas yang disediakan.

Laut bergelora dan ferry rosak jadi jadual bertolak yang sepatut jam 8.30 am ditangguh selepas jam 11.00 am. Kami menunggu di pelabuhan dalam cuaca yang semakin sejuk dengan kopi dan teh percuma. Sementara menunggu kami buka bekal sarapan pagi yang disediakan para isteri.

Lebih kurang jam 11.15 am kami dibenarkan masuk ke dalam ferry. Penumpang telah dimaklumkan laut agak bergelora. Memang benar separuh perjalanan ferry melalui gelombang besar, yang tak tahan muntah melambak. Kepala aku pun pening perut memulas jadi rehat lelapkan mata. Alhamdulillah bila tersedar laut sudah tenang. Pemandangan sekitar memanglah cantik.

Selepas tiga jam belayar ferry berlabuh di Pelabuhan Picton. Tugas pertama adalah ambil van sewa untuk meneruskan perjalan panjang ke Christchurch. Perjalanan dari Picton permulaan perjalanan yang sangat cantik.

Dalam cuaca sejuk lebih kurang 4 darjah celcious kami berhenti di pinggir tasik untuk solat jamak asar dan zuhur. Tiada pilihan sebab tak ada surau dan masjid untuk singgah dan juga tiada RnR.

Perjalanan diteruskan dalam cuaca sejuk dan semakin gelap. Perjalanan agak mencabar dengan kelajuan angin yang sangat kuat membataskan pemanduan paling maksima pun 90 km/j. Suhu diluar semakin menurun dan ketika kami berhenti untuk buang air kecil di Hurunui suhu dah mencecah 1 darjah celcious. Kalau mengikut pengalaman Yusri ada kemungkinan sajli akan turun. Ketika kami nak bergerak semula tiba-tiba bintik putih turun dari langit dan itulah sajli. Alhamdulillah rezeki anak-anak nak bermain dengan sajli.

Perjalanan semakin mencabar dengan cuaca yang semakin sejuk dengan sajli yang turun semakin banyak menyebabkan jalan semakin licin dan angin bertiup kencang menyebabkan van hanya boleh dipandu lebih perlahan. Perjalanan sudah melebihi lima jam membuatkan anak-anak sudah mula mengeloh kelaparan. Memang dalam sejarah memandu lebih enam jam dalam sajli yang turun dengan banyak. Lebih kurang jam 10 pm kami sampai di rumah sepupu Yusri yang belajar untuk PHD di Universiti Lincoln. Makanan panas masakan Melayu menambah selera kami yang sedang lapar dengan hidangan asam pedas ikan salmon dan ikan bakar .. memang sedap.

Kami sampai di Motel Southern Comfort lebih kurang jam 12 malam. Seperti biasa kaunter motel dah tutup dan kunci ditinggalkan di salah satu bilik yang kami sewa secara online. Sempat lagi anak-anak bermain salji ketika ibubapa sibuk memunggah bagasi. Masa untuk berehat setelah menempuh perjalanan yang mencabar dari Wellington ke Christchurch.

Hari ke dua di Christchurch bermula dengan cuaca yang terang benderang yang tinggal hanya sisa-sisa salji di celah rumuh dan atas kenderaan. Sepupu Yusri datang membawa sarapan pagi macaroni goreng, sejuk-sejuk memang berselera makan. Selepas sarapan kami bersama-sama menuju ke destasi yang pasti mengembirakan anak-anak.

Masih terdapat kesan runtuhan gempa bumi besar yang melanda Christchurch dan banyak yang kita perlu belajar dari kejadian ini untuk kita jadi lebih dekat dengan ALLAH SWT. ALLAH SWT boleh menguji manusia bila-bila masa apabila kita sibuk mengejar  dunia sahaja.

Sempat kami singgah di Masjid An Nur antara beberapa masjid dan pusat Islam yang terdapat di Christchurch. Boleh tahan ramai juga komuniti Islam dan banyak juga restoran halal di Christchurch.

Selepat solat jamak zuhur dan asar kami bergerak ke Antarctica Center yang terletak berhampiran Lapangan Terbang Christchuch. Memang menarik kerana kami didedahkan dengan berbagai ilmu Antarctica. Anak-anak memang seronok bila dapat merasai suasana sejuk seperti di Antarctica dan melihat panguin. Kami juga dibawa menaiki kenderaan khas di Antarctica dan merasai mengembara ke Antarctica dengan movie 4D.

Lebih dua jam kami berada di Antarctica Center, perut pun dah lapar. Kami makan kebab turki di sebuah pasar raya berhampiran. Sempat juga berjumpa dengan beberapa Rakyat Malaysia yang berkerja di New Zealand.

Selepas makan kami membeli barang keperluan dan kemudian pulang ke motel untuk berehat kerana esok perjalanan ke Queenstown lebih jauh dan lebih mencabar. Khabarnya QUeenstown lebih sejuk.

Baca kisah kembara musafir New Zealand hari pertama di SINI, hari kedua di SINI, hari ke tiga di SINI dan hari kemapat di SINI. Jangan lupa juga baca kisah kembara yang lebih menarik di Denai.my.

Insuran kembara musafir New Zealand kami di taja oleh CS Holidays Sdn Bhd sebuah syarikat pelancungan yang menyediakan berbagai perkhidmatan seperti tempahan umrah, pembelian tiket pesawat, tempahan hotel dan pelancungan muslim.