Sample Feature Post 1 Title
All of this content is sample tyr to replace these content every slider to your content descriptions. Go to Blogger edit html and find these sentences. Now replace it.
Sample Feature Post 2 Title
All of this content is sample tyr to replace these content every slider to your content descriptions. Go to Blogger edit html and find these sentences. Now replace it.
Sample Feature Post 3 Title
All of this content is sample tyr to replace these content every slider to your content descriptions. Go to Blogger edit html and find these sentences. Now replace it.
Showing posts with label Siroh Nabi. Show all posts
Showing posts with label Siroh Nabi. Show all posts
Saturday, March 11, 2017
Menjelang Kiamat - Apabila Nabi Isa Turun
Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Demi Allah yang jiwaku berada di tangan-Nya, sesungguhnya telah dekat masa Isa anak Maryam akan turun di tengah-tengah kamu.
Dia akan menjadi hakim yang adil, akan dihancurkannya salib, dibunuhnya babi, dihapuskannya pajak dan kekayaan akan melimpah ruah, sehingga tidak seorang pun lagi yang bersedia menerima pemberian.”
Dari Jabir bin Abdullah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Akan senantiasa ada hingga hari kiamat, segolongan umatku yang berjuang menegakkan kebenaran dan mereka pasti menang.” Kata Nabi saw selanjutnya : “Sementara itu Nabi Isa a.s akan turun ke tengah-tengah umat. Lalu pemimpin-pemimpin mereka berkata kepadanya, ‘Sudilah Anda solat dan menjadi pemimpin kami.’
Jawab Nabi Isa a.s, ‘Tidak! Masing-masing kamu boleh menjadi pemimpin bagi yang lain, selaku suatu kehormatan yang dilimpahkan Allah kepada umat ini.”
Dari Abu hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Belum akan terjadi kiamat sehingga matahari terbit dari barat. Apabila matahari telah terbit di barat, manusia akan iman semuanya. Tetapi ketika itu imannya tiada berguna lagi apabila sebelumnya dia tiada beriman, atau tiada berbuat kebajikan dengan imannya itu.”
Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Ada tiga perkara, apabila ketiganya terwujud, maka iman seseorang tiada berguna lagi apabila dia belum iman sebelumnya atau tiada berbuat kebajikan dengan imannya itu. Iaitu;
[1]. Apabila matahari terbit dari barat.
[2]. Dajjal keluar.
[3]. Dabbah (binatang melata) berkeliaran di muka bumi.”
Dari Abu Dzar r.a : Nabi saw bersabda, “Tahukah anda semua, ke manakah matahari itu pergi?” Jawab mereka, ‘Allah dan Rasul-Nya lebih tahu.’ Sabda Nabi saw, “Dia (matahari) berjalan sampai ke perhentiannya di bawah Arasy, lalu di sana dia sujud.
Dia senantiasa sujud sampai datang perintah: Bangkitlah, dan kembali ke tempatmu semula. Dia pun pergi dan muncul lagi di tempatnya semula. Kemudian dia berjalan sampai hingga sampai pula di tempatnya di bawah Arasy, lalu di sana dia sujud sampai datang pula perintah: Bangkitlah dan kembali ke tempatmu semula.
Dia pun pergi dan terbit di tempatnya semula. Kemudian ia berputar pula, tidak pernah membantah sedikit jua pun hingga ia sampai pula kembali di tempatnya di bawah Arasy.
Tiba-tiba ia mendapat perintah: Bangkitlah, dan muncullah di tempat engkau biasa tenggelam. Maka terbitlah ia di barat.” Sabda Rasulullah saw,
“Tahukah anda semua, bilakah itu akan terjadi? Ialah (ia terjadi) pada hari di mana iman seseorang tiada berguna lagi jika sebelumnya dia tidak beriman, atau tidak berbuat suatu kebajikan dengan imannya itu.”
Wednesday, July 01, 2015
Kisah Perang Ahzab Di Bulan Syawal
بِسۡـــــــــمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Peperangan Ahzab berlaku di Bulan Syawal dan sempena merai bulan kemenangan dan Syawal yang mulia ini, marilah kita bersama mengimbau serta menghayati kisah dan sirah Rasulullah ﷺ dalam peristiwa peperangan Ahzab tersebut. Berlakunya Perang Ahzab pada tarikh 7 Syawal, tahun 5 Hijrah selepas kesedihan yang teramat sangat menimpa kaum Muslimin dalam Peperangan Uhud yang telah mengakibatkan gugurnya ramai para syuhada.
Sebelum itu terjadi pertempuran antara orang Islam dan beberapa orang ahli kitab yang berjiran di Madinah disebabkan oleh pelanggaran syarat perjanjian mereka dengan Rasulullah ﷺ. Beberapa puak di antara mereka seperti Banu Al-Nadir dan lain-lain telah diusir oleh Nabi.
Perang Ahzab atau Khandak, pada tahun kelima selepas Hijrah adalah perang yang mengumpulkan 10,000 orang tentera musyrikin (kafir) dari sekitar tanah Arab untuk memerangi Nabi ﷺ di Madinah.
Pihak Musyrikin tidak memerlukan banyak usaha untuk memujuk penduduk kafir Makkah dalam satu pasukan ketenteraan. Mereka dengan pantas telah bersetuju dan tanpa ragu-ragu telah membentuk 4,000 pejuang. Tentera ini telah ditambah dengan 6,000 dari Ghatafan, Saleem, dan suku kaum yang lain. Oleh itu, sepuluh ribu kuat berarak ke arah Madinah.
Jumlah tersebut adalah lebih ramai daripada 3,000 bilangan penduduk Madinah termasuk kanak-kanak, kaum wanita dan golongan tua.
.
.
Parit
.
Rasululullah ﷺ menerima berita pencerobohan yang akan berlaku beberapa hari lagi telah bermesyuarat dengan para sahabat mengambil cadangan bernas daripada Salman Al-Farisi untuk menggali parit di bahagian Utara bagi menghalang penceroboh daripada memasuki Kota Madinah. Bahagian lain di sekitar Madinah dikelilingi oleh gunung-ganang dan kebun-kebun kurma yang menyukarkan kaum musyrikin memasuki kota Madinah.
Selepas sempurna penggalian tersebut dalam tempoh enam hari, maka sepertimana yang dijangka sebuah ketumbukan besar kaum kafir Quraisy (Musyrikin Quraisy) bergabung dengan kaum-kaum musyrikin di sekitar Kota Makkah telah tiba di hadapan parit tersebut.
Menyaksikan parit, penceroboh terkejut dan sedar bahawa ia telah menjadi sukar bagi mereka untuk memasuki Madinah. Oleh itu, mereka berpendapat bahawa perlu untuk terus mengepung Madinah dan bukannya menyerang secara langsung.
.
Di sini dapat diringkaskan bahawa usaha yang dilakukan oleh kaum Musyrikin untuk menyeberangi parit itu tidak berjaya. Peperangan terbatas hanya dengan melepaskan anak panah. Walaupun begitu terdapat enam orang dari pihak Muslimin dan 10 orang dari pihak Musyrikin yang terbunuh.
Firman Allah سبحانه وتعالى:
وَأَنزَلَ ٱلَّذِينَ ظَٰهَرُوهُم مِّنْ أَهْلِ ٱلْكِتَٰبِ مِن صَيَاصِيهِمْ وَقَذَفَ فِى قُلُوبِهِمُ ٱلرُّعْبَ فَرِيقًۭا تَقْتُلُونَ وَتَأْسِرُونَ فَرِيقًۭا
“Dan DIA menurunkan orang-orang Ahli Kitab (Bani Quraizhah) yang membantu golongan-golongan yang bersekutu dari benteng-benteng mereka, dan Dia memasukkan rasa takut dalam hati mereka. Sebahagian mereka kamu bunuh dan sebahagian yang lain kamu tawan.” (Surah Al-Ahzab; Ayat 26)
.
.
Khianat
.
Dalam keadaan yang tegang itu, Bani Quraizah iaitu kaum Yahudi yang tinggal di Madinah telah dihasut oleh Huyai bin Akhtab untuk memerangi kawasan tempat tinggal di Madinah yang didiami oleh golongan wanita dan anak-anak kecil. Mereka telah melanggar janji mereka dengan Rasulullah ﷺ dengan membuat keputusan tersebut. Beberapa orang Yahudi dilihat cuba menyusup masuk untuk menyerang dari belakang.
Tindakan khianat mereka adalah satu kejutan yang menakutkan kepada umat Islam. Dengan melanggar perjanjian, komuniti ini memberikan tentera kafir kuasa tambahan dan peralatan. Ia menjadi kewajipan umat Islam untuk menambah baris pertahanan mereka.
Dalam pada itu, dengan keperwiraan yang ditunjukkan oleh Shafiyyah binti Abdul Muthalib, beliau berjaya membunuh mereka dan Bani Quraizah yang melihat dari jauh menjangka Rasulullah ﷺ juga telah meletakkan askar pertahanan dari belakang. Keadaan menjadi selamat seketika dan dalam situasi sedemikian menyebabkan mereka hanya menyediakan makanan kepada tentera-tentera Quraisy.
.
.
Ketakutan Orang Munafik
.
Terdapat ramai orang-orang munafik di kalangan umat Islam yang menyebarkan khabar angin yang menakutkan, menambah kegentaran kepada takut orang-orang Islam. Al-Quran memberitahu kita krisis psikologi masyarakat Islam yang hidup dalam tempoh itu:
Firman Allah سبحانه وتعالى:
يَ إِذْ جَاءُوكُم مِّن فَوْقِكُمْ وَمِنْ أَسْفَلَ مِنكُمْ وَإِذْ زَاغَتِ الْأَبْصَارُ وَبَلَغَتِ الْقُلُوبُ الْحَنَاجِرَ وَتَظُنُّونَ بِاللَّـهِ الظُّنُونَا ﴿١٠﴾ هُنَالِكَ ابْتُلِيَ الْمُؤْمِنُونَ وَزُلْزِلُوا زِلْزَالًا شَدِيدًا ﴿١١﴾ وَإِذْ يَقُولُ الْمُنَافِقُونَ وَالَّذِينَ فِي قُلُوبِهِم مَّرَضٌ مَّا وَعَدَنَا اللَّـهُ وَرَسُولُهُ إِلَّا غُرُورًا ﴿١٢﴾ وَإِذْ قَالَت طَّائِفَةٌ مِّنْهُمْ يَا أَهْلَ يَثْرِبَ لَا مُقَامَ لَكُمْ فَارْجِعُواۚ وَيَسْتَأْذِنُ فَرِيقٌ مِّنْهُمُ النَّبِيَّ يَقُولُونَ إِنَّ بُيُوتَنَا عَوْرَةٌ وَمَا هِيَ بِعَوْرَةٍۖ إِن يُرِيدُونَ إِلَّا فِرَارًا ﴿١٣
“Masa itu ialah masa tentera musuh datang melanggar kamu dari sebelah hulu dan dari sebelah hilir (tempat pertahanan) kamu; dan masa itu ialah masa pemandangan mata kamu tidak berketentuan arah (kerana gempar dan bingung) serta hati pun resah gelisah (kerana cemas takut), dan kamu masing-masing pula menyangka terhadap Allah dengan berbagai-bagai sangkaan. Pada saat itulah diuji orang-orang yang beriman, dan digoncangkan perasaan dan pendiriannya dengan goncangan yang amat dahsyat. Dan lagi masa itu ialah masa orang-orang munafik dan orang-orang yang tidak sihat dan tidak kuat iman dalam hatinya berkata: “Allah dan RasulNya tidak menjanjikan kepada kita melainkan perkara yang memperdayakan sahaja”. Dan juga masa itu ialah masa segolongan di antara mereka berkata: “Wahai penduduk Yathrib (Madinah), tempat ini bukan tempat bagi kamu (untuk berjuang di sini), oleh itu baliklah”. Dan sebahagian dari mereka pula meminta izin kepada Nabi (hendak balik) sambil berkata: “Sesungguhnya rumah-rumah kami memerlukan perlindungan”, pada hal ia tidak memerlukan perlindungan. Mereka hanya bertujuan hendak melarikan diri (dari berjuang menegakkan Islam).” (Surah Al-Ahzab; Ayat 10-13)
.
Setelah mendengar berita yang merungsingkan tersebut Rasulullah ﷺ telah menghantar wakilnya untuk mencari kebenaran tentang peristiwa tersebut. Apabila ternyata kesahihan berita tersebut, khabar ini tersebar dalam kalangan tentera yang menjaga di barisan hadapan. Kemudian sebahagian daripada tentera memohon izin untuk pulang mempertahankan anak-anak dan isteri mereka di rumah.
“Allahuakbar! Bergembiralah wahai orang-orang muslimin dengan kemenangan dan pertolongan daripada Allah سبحانه وتعالى.” Sabda baginda selepas diam seketika.
.
.
Bantuan Allah سبحانه وتعالى
.
Rasulullah ﷺ merancang untuk menghantar beberapa pasukan untuk menjaga di barisan belakang dan menghantar beberapa pasukan untuk mengucar-kacirkan tentera musyrikin di barisan hadapan. Namun rancangan Rasulullah ﷺ tidak diterima oleh beberapa orang Sahabat setelah Rasulullah ﷺ memberitahu rancangan ini adalah pendapatnya dan bukan wahyu daripada Allah سبحانه وتعالى.
Kemudian Allah سبحانه وتعالى telah membuat keputusan yang sekaligus menghina dan memecah-belahkan musuh dengan mendatangkan Nua’im bin Mas’ud. Beliau adalah seorang yang berpengaruh dalam kalangan Bani Quraizah dan orang musyrikin Quraisy.
Beliau menyatakan keislamannya di hadapan Rasulullah ﷺ dan bersedia membantu untuk memecahbelahkan tentera musyrikin. Dan kemudiannya Rasulullah ﷺ menyerahkan perancangan dan strategi memecahbelahkan mereka kepada Nua’im, maka beliau telah melaga-lagakan antara Bani Quraizah dan Bani Quraisy.
Apabila mengetahui bahawa barisan mereka telah berpecah belah, mereka khuatir dan telah hilang semangat untuk berperang memandangkan kemungkinan berlaku peperangan sesama sendiri dan tiada kesatuan antara mereka. Pada masa yang sama Rasulullah ﷺ dan para sahabat berdoa kepada Allah سبحانه وتعالى dengan penuh keikhlasan agar pasukan musuh dikalahkan.
Akhirnya Allah سبحانه وتعالى menurunkan para malaikat yang datang berupa angin taufan mencabut kesemua khemah-khemah musuh dan memporak-perandakan gerakan mereka. Allah سبحانه وتعالى juga mengirimkan malaikat yang menyusupkan perasaan takut di pihak musuh.
Firman Allah سبحانه وتعالى:
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ ٱذْكُرُوا۟ نِعْمَةَ ٱللَّهِ عَلَيْكُمْ إِذْ جَآءَتْكُمْ جُنُودٌۭ فَأَرْسَلْنَا عَلَيْهِمْ رِيحًۭا وَجُنُودًۭا لَّمْ تَرَوْهَا ۚ وَكَانَ ٱللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرًا
“Wahai orang-orang yang beriman! Ingatlah akan nikmat Allah (yang telah dikaruniakan) kepadamu ketika datang kepadamu bala tentera, lalu KAMI kirimkan kepada mereka angin taufan dan tentera yang tidak dapat kamu melihatnya. Dan adalah Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan.”(Surah Al-Ahzab; Ayat 9)
.
Rasulullah ﷺ menghantar wakil untuk melihat keadaan musuh dan ternyata tiada seorangpun dalam kalangan mereka yang tinggal melainkan kesemuanya telah melarikan diri ke Makkah.
Peperangan ini telah bermula pada 5 Syawal dan telah berlangsung selama sebulan. Perang Ahzab bukanlah peperangan yang membawa kepada kerugian dan keuntungan melainkan ia adalah perang saraf semata-mata. Tiada pertempuran hebat yang berlaku di antara kedua belah pihak.
.
Namun dalam catatan sejarah Islam, ia adalah peperangan yang sangat tegang, yang berakhir dengan kekalahan di pihak Musyrikin. Peperangan ini memberi petunjuk bahawa sebesar manapun kekuatan ketenteraan yang ada pada negara Arab Musyrikin, ia tidak sanggup untuk melawan kekuatan kecil yang sedang mekar di bumi Madinah.
Disebabkan perkara ini Rasulullah ﷺ bersabda; “Sekarang kitalah yang akan menyerang mereka dan mereka tidak akan menyerang kita. Kitalah yang akan mendatangi mereka.”
Allah سبحانه وتعالى berfirman:
وَرَدَّ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ بِغَيْظِهِمْ لَمْ يَنَالُوا۟ خَيْرًۭا ۚ وَكَفَى ٱللَّهُ ٱلْمُؤْمِنِينَ ٱلْقِتَالَ ۚ وَكَانَ ٱللَّهُ قَوِيًّا عَزِيزًۭا
“Dan Allah telah menghalau kembali orang-orang (angkatan tentera) yang kafir itu yang keadaan mereka penuh geram dan marah (kerana gagal dan hampa), mereka tidak memperoleh sebarang keuntungan. Dan Allah selamatkan orang-orang yang beriman dari bencana menghadapi peperangan. Dan adalah Allah Maha Kuat lagi Maha Perkasa.” (Surah Al-Ahzab; Ayat 25)
.
.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
.
.



Categories :
Unknown


