Sample Feature Post 1 Title
All of this content is sample tyr to replace these content every slider to your content descriptions. Go to Blogger edit html and find these sentences. Now replace it.
Sample Feature Post 2 Title
All of this content is sample tyr to replace these content every slider to your content descriptions. Go to Blogger edit html and find these sentences. Now replace it.
Sample Feature Post 3 Title
All of this content is sample tyr to replace these content every slider to your content descriptions. Go to Blogger edit html and find these sentences. Now replace it.
Showing posts with label Sirah Nabi. Show all posts
Showing posts with label Sirah Nabi. Show all posts
Saturday, March 11, 2017
Menjelang Kiamat - Apabila Nabi Isa Turun
Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Demi Allah yang jiwaku berada di tangan-Nya, sesungguhnya telah dekat masa Isa anak Maryam akan turun di tengah-tengah kamu.
Dia akan menjadi hakim yang adil, akan dihancurkannya salib, dibunuhnya babi, dihapuskannya pajak dan kekayaan akan melimpah ruah, sehingga tidak seorang pun lagi yang bersedia menerima pemberian.”
Dari Jabir bin Abdullah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Akan senantiasa ada hingga hari kiamat, segolongan umatku yang berjuang menegakkan kebenaran dan mereka pasti menang.” Kata Nabi saw selanjutnya : “Sementara itu Nabi Isa a.s akan turun ke tengah-tengah umat. Lalu pemimpin-pemimpin mereka berkata kepadanya, ‘Sudilah Anda solat dan menjadi pemimpin kami.’
Jawab Nabi Isa a.s, ‘Tidak! Masing-masing kamu boleh menjadi pemimpin bagi yang lain, selaku suatu kehormatan yang dilimpahkan Allah kepada umat ini.”
Dari Abu hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Belum akan terjadi kiamat sehingga matahari terbit dari barat. Apabila matahari telah terbit di barat, manusia akan iman semuanya. Tetapi ketika itu imannya tiada berguna lagi apabila sebelumnya dia tiada beriman, atau tiada berbuat kebajikan dengan imannya itu.”
Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Ada tiga perkara, apabila ketiganya terwujud, maka iman seseorang tiada berguna lagi apabila dia belum iman sebelumnya atau tiada berbuat kebajikan dengan imannya itu. Iaitu;
[1]. Apabila matahari terbit dari barat.
[2]. Dajjal keluar.
[3]. Dabbah (binatang melata) berkeliaran di muka bumi.”
Dari Abu Dzar r.a : Nabi saw bersabda, “Tahukah anda semua, ke manakah matahari itu pergi?” Jawab mereka, ‘Allah dan Rasul-Nya lebih tahu.’ Sabda Nabi saw, “Dia (matahari) berjalan sampai ke perhentiannya di bawah Arasy, lalu di sana dia sujud.
Dia senantiasa sujud sampai datang perintah: Bangkitlah, dan kembali ke tempatmu semula. Dia pun pergi dan muncul lagi di tempatnya semula. Kemudian dia berjalan sampai hingga sampai pula di tempatnya di bawah Arasy, lalu di sana dia sujud sampai datang pula perintah: Bangkitlah dan kembali ke tempatmu semula.
Dia pun pergi dan terbit di tempatnya semula. Kemudian ia berputar pula, tidak pernah membantah sedikit jua pun hingga ia sampai pula kembali di tempatnya di bawah Arasy.
Tiba-tiba ia mendapat perintah: Bangkitlah, dan muncullah di tempat engkau biasa tenggelam. Maka terbitlah ia di barat.” Sabda Rasulullah saw,
“Tahukah anda semua, bilakah itu akan terjadi? Ialah (ia terjadi) pada hari di mana iman seseorang tiada berguna lagi jika sebelumnya dia tidak beriman, atau tidak berbuat suatu kebajikan dengan imannya itu.”
Sunday, August 28, 2016
Bismillahirrahmaanirrahim.Selawat dan salam buat Nabi Junjungan kekasihku Rasullullah saw.
10 SURAH YANG MUJARAB DARI NABI MUHAMMAD S.A.W.1. SURAH AL-FATIHAHAmalkan membaca Surah Al-Fatihah semasa hendak tidur diikuti dengan membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas. Insya’Allah akan aman tenteram dan terjauh daripada gangguan syaitan. Dianjurkan juga membaca surah ini sebanyak 44 kali untuk mengubati sakit mata, perut, gigi dan lain-lainnya dengan izin Allah s.w.t.Untuk mencegah kemarahan Allah, bacalah surah ini sebanyak 17 kali sehari iaitu dengan mengerjakan solat 5 waktu.2. SURAH YAASINTelah bersabda Rasulullah s.a.w., sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hati, dan hati Al-Qur’an ialah Surah Yaasin iaitu jantung Al-Qur’an. Sesiapa yang membaca Surah Yaasin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai sepuluh kali membaca Al-Qur’an seluruhnya. (Hadis riwayat At-Tarmizi dari Anas r.a.)Rasulullah s.a.w. juga bersabda : Surah Yaasin dinamakan di dalam kitab Taurat dengan sebutan “At-Mu’ammah” (yang umum), yang mengumumkan pembacanya dengan kebaikan dunia dan akhirat, menanggung segala bala baik dari kesusahan di dunia mahu pun akhirat. Pembaca juga akan dilindungi dari setiap keburukan dan kejahatan serta segala hajat dan kemahuan akan Allah kabulkan. Jika dibaca dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredaan Allah, nescaya Allah akan mengampunkan dosanya. (Hadis riwayat Malik, Ibnu-Sunni dan Ibnu Hibban).Surah Yaasin ni juga jika diamalkan, akan terselamatlah kita dari kehausan di hari KIAMAT.3. SURAH AT-DHUHANDibaca sekali pada malam Jumaat agar kita terselamat dari huru hara di Padang Mahsyar.4. SURAH AL-WAQI’AHMenurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca Surah Al-Waqi’ah pada tiap-tiap malam, insya’Allah tidak akan merasai kepapaan. Mereka yang membacanya sebagai wirid, insya’Allah akan beroleh kesenangan selama-lamanya. Mereka yang membacanya sebanyak 14 kali setiap lepas solat Asar, insya’Allah akan dikurniakan dengan rezeki yang banyak.Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi’ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita. Makna Surah Al-Waqi’ah Ayat 35-38 ialah : “Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.5. SURAH AL-KAUSARSesiapa yang mengamalkan membaca surah ini sebanyak 1,000 kali, maka Allah s.w.t. akan menghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan pangkat. Sesiapa yang membaca 1,000 kali juga selepas solat Isyak hingga dia tertidur, insya’Allah dia dapat melihat Rasulullah s.a.w. dalam tidurnya.6. SURAH AL-KHAAFIRUUNSesiapa yang membaca Surah Al-Khaafiruun, maka bandingannya seperti membaca seperempat Al-Qur’an, disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan (Riwayat At-Tarmizi).Sebelum tidur, bacalah surah ini agar kita mati dalam iman serta membersihkan kotoran dalam diri kita.7. SURAH AL-MULKSebuah lagi Surah dari Al-Qur’an iaitu Surah Al-Mulk mempunyai fadilat dan faedah yang amat besar bagi sesiapa yang mengamalkan membacanya. Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca akan surah ini, akan mendapat syafaat dan keampunan dosa-dosanya. Mereka yang membacanya pada setiap malam, insya’Allah, akan terselamat dari azab kubur.8. SURAH AL-IKHLASRasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada isteri kesayangan baginda, Siti Aisyah, antara mafhumnya :“Wahai Aisyah isteri ku, sebelum kamu tidur, khatamlah dulu Al-Qur’an.” Siti Aisyah lalu berkata, “Wahai suami ku, saya tidak mampu khatam Al-Qur’an sebanyak 30 juzuk itu.” Apabila mendengar kata-kata Siti Aisyah tersebut, Rasulullah s.a.w. sambil tersenyum lalu menjawab, “Barangsiapa yang membaca 3 kali sebelum tidur, seolah-olah ia telah khatam Al-Qur’an keseluruhannya.”Dari Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada Saidina Ali r.a., “Sesiapa hendak pergi musafir, kemudian ketika dia hendak meninggalkan rumahnya, ia membaca surah Al-Ikhlas 11 kali, maka Allah memelihara rumahnya sampai ia kembali.Ibnu Said Al-Khanafi menerangkan : “Surah ini dinamakan Surah Al-Ikhlas, ertinya bersih atau lepas. Maka barang siapa yang membacanya dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas, maka ia akan dilepaskan kesusahan duniawi, dimudahkan di dalam gelombang sakratulmaut, dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian hari kiamat.”9. SURAH AL-FALAQSiti Aisyah menerangkan : “Bahawa Rasulullah s.a.w. pada setiap malam apabila hendak tidur, Baginda membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas lalu ditiupkan pada kedua telapak tangan, kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala.Barang siapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah membaca Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 41 kali selama 3 hari, 5 hari atau 7 hari berturut-turut.Barang siapa yang takut akan godaan syaitan dan manusia, takut dalam kegelapan malam atau takut dengan kejahatan manusia, bacalah Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 100 kali.10. SURAH AN-NASSurah An-Nas adalah surah yang terakhir (ke-114) dalam Al-Qur’an. Nama An-Nas diambil dari kata An-Nas yang berulang kali disebut dalam surah ini yang bermaksud manusia. Surah ini termasuk dalam golongan surah makkiyah. Isi surah ini adalah bagi menganjurkan manusia memohon perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan baik yang berasal dari golongan manusia mahu pun jin.Surah An-Nas ini juga adalah penerang hati.
Saturday, July 11, 2015
Kisah Perang Ahzab Di Bulan Syawal
Kisah Perang Ahzab Di Bulan Syawal
بِسۡـــــــــمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Peperangan Ahzab berlaku di Bulan Syawal dan sempena merai bulan kemenangan dan Syawal yang mulia ini, marilah kita bersama mengimbau serta menghayati kisah dan sirah Rasulullah ﷺ dalam peristiwa peperangan Ahzab tersebut. Berlakunya Perang Ahzab pada tarikh 7 Syawal, tahun 5 Hijrah selepas kesedihan yang teramat sangat menimpa kaum Muslimin dalam Peperangan Uhud yang telah mengakibatkan gugurnya ramai para syuhada.
Sebelum itu terjadi pertempuran antara orang Islam dan beberapa orang ahli kitab yang berjiran di Madinah disebabkan oleh pelanggaran syarat perjanjian mereka dengan Rasulullah ﷺ. Beberapa puak di antara mereka seperti Banu Al-Nadir dan lain-lain telah diusir oleh Nabi.
Perang Ahzab atau Khandak, pada tahun kelima selepas Hijrah adalah perang yang mengumpulkan 10,000 orang tentera musyrikin (kafir) dari sekitar tanah Arab untuk memerangi Nabi ﷺ di Madinah.
Pihak Musyrikin tidak memerlukan banyak usaha untuk memujuk penduduk kafir Makkah dalam satu pasukan ketenteraan. Mereka dengan pantas telah bersetuju dan tanpa ragu-ragu telah membentuk 4,000 pejuang. Tentera ini telah ditambah dengan 6,000 dari Ghatafan, Saleem, dan suku kaum yang lain. Oleh itu, sepuluh ribu kuat berarak ke arah Madinah.
Jumlah tersebut adalah lebih ramai daripada 3,000 bilangan penduduk Madinah termasuk kanak-kanak, kaum wanita dan golongan tua.
.
.
Parit
.
Rasululullah ﷺ menerima berita pencerobohan yang akan berlaku beberapa hari lagi telah bermesyuarat dengan para sahabat mengambil cadangan bernas daripada Salman Al-Farisi untuk menggali parit di bahagian Utara bagi menghalang penceroboh daripada memasuki Kota Madinah. Bahagian lain di sekitar Madinah dikelilingi oleh gunung-ganang dan kebun-kebun kurma yang menyukarkan kaum musyrikin memasuki kota Madinah.
Selepas sempurna penggalian tersebut dalam tempoh enam hari, maka sepertimana yang dijangka sebuah ketumbukan besar kaum kafir Quraisy (Musyrikin Quraisy) bergabung dengan kaum-kaum musyrikin di sekitar Kota Makkah telah tiba di hadapan parit tersebut.
Menyaksikan parit, penceroboh terkejut dan sedar bahawa ia telah menjadi sukar bagi mereka untuk memasuki Madinah. Oleh itu, mereka berpendapat bahawa perlu untuk terus mengepung Madinah dan bukannya menyerang secara langsung.
.
Di sini dapat diringkaskan bahawa usaha yang dilakukan oleh kaum Musyrikin untuk menyeberangi parit itu tidak berjaya. Peperangan terbatas hanya dengan melepaskan anak panah. Walaupun begitu terdapat enam orang dari pihak Muslimin dan 10 orang dari pihak Musyrikin yang terbunuh.
Firman Allah سبحانه وتعالى:
وَأَنزَلَ ٱلَّذِينَ ظَٰهَرُوهُم مِّنْ أَهْلِ ٱلْكِتَٰبِ مِن صَيَاصِيهِمْ وَقَذَفَ فِى قُلُوبِهِمُ ٱلرُّعْبَ فَرِيقًۭا تَقْتُلُونَ وَتَأْسِرُونَ فَرِيقًۭا
“Dan DIA menurunkan orang-orang Ahli Kitab (Bani Quraizhah) yang membantu golongan-golongan yang bersekutu dari benteng-benteng mereka, dan Dia memasukkan rasa takut dalam hati mereka. Sebahagian mereka kamu bunuh dan sebahagian yang lain kamu tawan.” (Surah Al-Ahzab; Ayat 26)
.
.
Khianat
.
Dalam keadaan yang tegang itu, Bani Quraizah iaitu kaum Yahudi yang tinggal di Madinah telah dihasut oleh Huyai bin Akhtab untuk memerangi kawasan tempat tinggal di Madinah yang didiami oleh golongan wanita dan anak-anak kecil. Mereka telah melanggar janji mereka dengan Rasulullah ﷺ dengan membuat keputusan tersebut. Beberapa orang Yahudi dilihat cuba menyusup masuk untuk menyerang dari belakang.
Tindakan khianat mereka adalah satu kejutan yang menakutkan kepada umat Islam. Dengan melanggar perjanjian, komuniti ini memberikan tentera kafir kuasa tambahan dan peralatan. Ia menjadi kewajipan umat Islam untuk menambah baris pertahanan mereka.
Dalam pada itu, dengan keperwiraan yang ditunjukkan oleh Shafiyyah binti Abdul Muthalib, beliau berjaya membunuh mereka dan Bani Quraizah yang melihat dari jauh menjangka Rasulullah ﷺ juga telah meletakkan askar pertahanan dari belakang. Keadaan menjadi selamat seketika dan dalam situasi sedemikian menyebabkan mereka hanya menyediakan makanan kepada tentera-tentera Quraisy.
.
.
Ketakutan Orang Munafik
.
Terdapat ramai orang-orang munafik di kalangan umat Islam yang menyebarkan khabar angin yang menakutkan, menambah kegentaran kepada takut orang-orang Islam. Al-Quran memberitahu kita krisis psikologi masyarakat Islam yang hidup dalam tempoh itu:
Firman Allah سبحانه وتعالى:
يَ إِذْ جَاءُوكُم مِّن فَوْقِكُمْ وَمِنْ أَسْفَلَ مِنكُمْ وَإِذْ زَاغَتِ الْأَبْصَارُ وَبَلَغَتِ الْقُلُوبُ الْحَنَاجِرَ وَتَظُنُّونَ بِاللَّـهِ الظُّنُونَا ﴿١٠﴾ هُنَالِكَ ابْتُلِيَ الْمُؤْمِنُونَ وَزُلْزِلُوا زِلْزَالًا شَدِيدًا ﴿١١﴾ وَإِذْ يَقُولُ الْمُنَافِقُونَ وَالَّذِينَ فِي قُلُوبِهِم مَّرَضٌ مَّا وَعَدَنَا اللَّـهُ وَرَسُولُهُ إِلَّا غُرُورًا ﴿١٢﴾ وَإِذْ قَالَت طَّائِفَةٌ مِّنْهُمْ يَا أَهْلَ يَثْرِبَ لَا مُقَامَ لَكُمْ فَارْجِعُواۚ وَيَسْتَأْذِنُ فَرِيقٌ مِّنْهُمُ النَّبِيَّ يَقُولُونَ إِنَّ بُيُوتَنَا عَوْرَةٌ وَمَا هِيَ بِعَوْرَةٍۖ إِن يُرِيدُونَ إِلَّا فِرَارًا ﴿١٣
“Masa itu ialah masa tentera musuh datang melanggar kamu dari sebelah hulu dan dari sebelah hilir (tempat pertahanan) kamu; dan masa itu ialah masa pemandangan mata kamu tidak berketentuan arah (kerana gempar dan bingung) serta hati pun resah gelisah (kerana cemas takut), dan kamu masing-masing pula menyangka terhadap Allah dengan berbagai-bagai sangkaan. Pada saat itulah diuji orang-orang yang beriman, dan digoncangkan perasaan dan pendiriannya dengan goncangan yang amat dahsyat. Dan lagi masa itu ialah masa orang-orang munafik dan orang-orang yang tidak sihat dan tidak kuat iman dalam hatinya berkata: “Allah dan RasulNya tidak menjanjikan kepada kita melainkan perkara yang memperdayakan sahaja”. Dan juga masa itu ialah masa segolongan di antara mereka berkata: “Wahai penduduk Yathrib (Madinah), tempat ini bukan tempat bagi kamu (untuk berjuang di sini), oleh itu baliklah”. Dan sebahagian dari mereka pula meminta izin kepada Nabi (hendak balik) sambil berkata: “Sesungguhnya rumah-rumah kami memerlukan perlindungan”, pada hal ia tidak memerlukan perlindungan. Mereka hanya bertujuan hendak melarikan diri (dari berjuang menegakkan Islam).” (Surah Al-Ahzab; Ayat 10-13)
.
Setelah mendengar berita yang merungsingkan tersebut Rasulullah ﷺ telah menghantar wakilnya untuk mencari kebenaran tentang peristiwa tersebut. Apabila ternyata kesahihan berita tersebut, khabar ini tersebar dalam kalangan tentera yang menjaga di barisan hadapan. Kemudian sebahagian daripada tentera memohon izin untuk pulang mempertahankan anak-anak dan isteri mereka di rumah.
“Allahuakbar! Bergembiralah wahai orang-orang muslimin dengan kemenangan dan pertolongan daripada Allah سبحانه وتعالى.” Sabda baginda selepas diam seketika.
.
.
Bantuan Allah سبحانه وتعالى
.
Rasulullah ﷺ merancang untuk menghantar beberapa pasukan untuk menjaga di barisan belakang dan menghantar beberapa pasukan untuk mengucar-kacirkan tentera musyrikin di barisan hadapan. Namun rancangan Rasulullah ﷺ tidak diterima oleh beberapa orang Sahabat setelah Rasulullah ﷺ memberitahu rancangan ini adalah pendapatnya dan bukan wahyu daripada Allah سبحانه وتعالى.
Kemudian Allah سبحانه وتعالى telah membuat keputusan yang sekaligus menghina dan memecah-belahkan musuh dengan mendatangkan Nua’im bin Mas’ud. Beliau adalah seorang yang berpengaruh dalam kalangan Bani Quraizah dan orang musyrikin Quraisy.
Beliau menyatakan keislamannya di hadapan Rasulullah ﷺ dan bersedia membantu untuk memecahbelahkan tentera musyrikin. Dan kemudiannya Rasulullah ﷺ menyerahkan perancangan dan strategi memecahbelahkan mereka kepada Nua’im, maka beliau telah melaga-lagakan antara Bani Quraizah dan Bani Quraisy.
Apabila mengetahui bahawa barisan mereka telah berpecah belah, mereka khuatir dan telah hilang semangat untuk berperang memandangkan kemungkinan berlaku peperangan sesama sendiri dan tiada kesatuan antara mereka. Pada masa yang sama Rasulullah ﷺ dan para sahabat berdoa kepada Allah سبحانه وتعالى dengan penuh keikhlasan agar pasukan musuh dikalahkan.
Akhirnya Allah سبحانه وتعالى menurunkan para malaikat yang datang berupa angin taufan mencabut kesemua khemah-khemah musuh dan memporak-perandakan gerakan mereka. Allah سبحانه وتعالى juga mengirimkan malaikat yang menyusupkan perasaan takut di pihak musuh.
Firman Allah سبحانه وتعالى:
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ ٱذْكُرُوا۟ نِعْمَةَ ٱللَّهِ عَلَيْكُمْ إِذْ جَآءَتْكُمْ جُنُودٌۭ فَأَرْسَلْنَا عَلَيْهِمْ رِيحًۭا وَجُنُودًۭا لَّمْ تَرَوْهَا ۚ وَكَانَ ٱللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرًا
“Wahai orang-orang yang beriman! Ingatlah akan nikmat Allah (yang telah dikaruniakan) kepadamu ketika datang kepadamu bala tentera, lalu KAMI kirimkan kepada mereka angin taufan dan tentera yang tidak dapat kamu melihatnya. Dan adalah Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan.”(Surah Al-Ahzab; Ayat 9)
.
Rasulullah ﷺ menghantar wakil untuk melihat keadaan musuh dan ternyata tiada seorangpun dalam kalangan mereka yang tinggal melainkan kesemuanya telah melarikan diri ke Makkah.
Peperangan ini telah bermula pada 5 Syawal dan telah berlangsung selama sebulan. Perang Ahzab bukanlah peperangan yang membawa kepada kerugian dan keuntungan melainkan ia adalah perang saraf semata-mata. Tiada pertempuran hebat yang berlaku di antara kedua belah pihak.
.
Namun dalam catatan sejarah Islam, ia adalah peperangan yang sangat tegang, yang berakhir dengan kekalahan di pihak Musyrikin. Peperangan ini memberi petunjuk bahawa sebesar manapun kekuatan ketenteraan yang ada pada negara Arab Musyrikin, ia tidak sanggup untuk melawan kekuatan kecil yang sedang mekar di bumi Madinah.
Disebabkan perkara ini Rasulullah ﷺ bersabda; “Sekarang kitalah yang akan menyerang mereka dan mereka tidak akan menyerang kita. Kitalah yang akan mendatangi mereka.”
Allah سبحانه وتعالى berfirman:
وَرَدَّ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ بِغَيْظِهِمْ لَمْ يَنَالُوا۟ خَيْرًۭا ۚ وَكَفَى ٱللَّهُ ٱلْمُؤْمِنِينَ ٱلْقِتَالَ ۚ وَكَانَ ٱللَّهُ قَوِيًّا عَزِيزًۭا
“Dan Allah telah menghalau kembali orang-orang (angkatan tentera) yang kafir itu yang keadaan mereka penuh geram dan marah (kerana gagal dan hampa), mereka tidak memperoleh sebarang keuntungan. Dan Allah selamatkan orang-orang yang beriman dari bencana menghadapi peperangan. Dan adalah Allah Maha Kuat lagi Maha Perkasa.” (Surah Al-Ahzab; Ayat 25)
.
.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
.
.
وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه
Kisah Asal Usul Buah Kurma Ajwa
بِسۡـــــــــمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Kurma Ajwa mempunyai keistimewaan dan keunikan tersendiri dengan saiznya yang sederhana serta kedutan pada Kurma Ajwa lebih banyak daripada kurma lain dan jika diteliti kedutan pada kulit kurma Ajwa membentuk kalimah ‘ٱللَّهِ’.
Kisah dan asal usul kurma Ajwa ini dikatakan bermula selepas buah kurma Ajwa disebutkan oleh Nabi Muhammad ﷺ dalam sabdanya ketika Baginda ﷺ berbuka puasa.
Rasulullah ﷺ sendiri amat menggemari memakan buah kurma Ajwa dan menganjurkannya untuk sunnah memakan 7 biji buah kurma Ajwa di waktu pagi dan semasa berbuka puasa. Sabda Rasulullah ﷺ: “Sesiapa yang makan pagi dengan tujuh butir kurma Ajwa, maka akan terhindar daripadanya racun dan sihir pada hari itu.” (Riwayat Shahih Al-Bukhari)
Hadis ini menjelaskan bahawa kurma Ajwa boleh mengatasi racun dan sihir, mungkin kerana keberkatan dan kandungan yang ada di dalam kurma ini yang menyebabkan kekebalannya. Bagi yang memakannya akan beroleh keberkatan, disebabkan penanaman asal kurma ini telah bersentuhan dengan tangan Nabi Muhammad ﷺ yang mulia.
.
Buah kurma itu dinamakan Ajwa, berdasarkan ‘asbabul wurud’ (sebab-sebab turunnya hadis) yang menyatakan bahawa suatu ketika dahulu, Salaman Al-farisi seorang Nasrani yang baru memeluk Islam telah mewakafkan kebun kurmanya untuk perjuangan Islam. Beliau juga mempunyai seorang anak yang bernama Ajwa dan bagi mengenang jasa-jasanya itu, akhirnya Rasulullah ﷺ menamakan kurma yang dimakan ketika berbuka puasa itu dengan nama Ajwa.
Dari sumber-sumber yang lain pula mengatakan bahawa kurma Ajwa ini merupakan kurma yang ditanam sendiri oleh nabi. Menurut sejarah, kurma Ajwa yang pertama ditanam sendiri oleh Rasulullah ﷺ adalah di tanah Madinah, berhampiran Masjid Quba, sekitar 14 abad yang lampau.
.
Di ceritakan juga pada suatu hari Rasulullah ﷺ sedang berpuasa dan apabila tiba waktu untuk berbuka puasa satu makanan pun tidak ada untuk di makan oleh Baginda ﷺ.
Malaikat Jibril yang melihat keadaan Rasulullah ﷺ sedemikian merasa sedih lalu ia memohon kepada Allah سبحانه وتعالى supaya mengurniakan sesuatu makanan untuk rasul kesayangan-Nya berbuka puasa, lalu Allah سبحانه وتعالى yang sememangnya Maha Mengetahui segalanya memperkenankan permintaan malaikat Jibril tersebut dan diberikanlah buah kurma yang istimewa ini untuk Rasulullah ﷺ berbuka puasa.
Setelah selesai iftar, biji buah kurma tersebut kemudian ditanam oleh Rasulullah ﷺ. Bermula dari peristiwa itulah pokok kurma Ajwa ini seterusnya membesar di kawasan Madinah. Dan dimaklumkan juga pokok kurma Ajwa ini sukar hidup dan berbuah di tempat-tempat lain kecuali Madinah.
.
Pada masa ini jumlah pokok kurma Ajwa di Madinah hanya sekitar seratus pokok sahaja. Maka tidak menghairankan jika harganya amat tinggi. Itu pun ada pembekal yang menjual buah kurma ajwa yang belum masak untuk mendapat untung dengan merendamkannya dengan pemanis buatan.
Di Arab Saudi harga kurma Ajwa cukup mahal iaitu sekitar 60 – 80 riyal/kg., manakala di Malaysia harganya boleh mencapai RM 80.00 – RM 160.00/kg. Kini kurma Ajwa juga dapat dinikmati dalam bentuk pati, jus pekat dan minuman serta mudah didapati di negara kita.
Mudah-mudahan kita semua dapat merasakan segala manfaat kebaikan daripada kurma ajwa ini, dengan mengambil kurma ajwa ini secara teratur InsyaAllah boleh terhindar daripada perbagai penyakit sepertimana yang telah disabdakan oleh Rasulullah ﷺ.
.
.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
.
.
وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه
Kisah Ajaib Sebatang Tamar Yang Mendidik Jiwa
بِسۡـــــــــمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Kisah ajaib sebatang pokok tamar / kurma menangis kerana Nabi ﷺ yang mendidik jiwa. Kelak akan tiba suatu masa benda-benda mati seperti pokok, kayu dan batu, boleh berkata-kata dan ternyata pada zaman Nabi Muhammad ﷺ juga telah ada sebatang pokok tamar @ kurma yang boleh menangis.
Islam mendidik kita dengan konsep ‘keimanan’ iaitu mempercayai segala sesuatu yang disyariatkan dengan hati yang tekad tanpa ragu-ragu.
Banyak kisah yang menguji keterbatasan akal kita seperti kisah Nabi Muhammad ﷺ diisyraqkan ke langit ke tujuh, kisah Baginda menerima kewahyuan solat dan kisah bulan dibelah dua dan Baginda mencatumkannya semula.
Semua sepatutnya ditolak oleh akal. Namun, kerana bimbingan wahyu yang disulami rasa keimanan. Kita menyakini bahawa sesungguhnya tidak ada apa yang mustahil bagi Allah سبحانه وتعالى..
.
.
Kisah Ajaib Sebatang Tamar Yang Mendidik Jiwa
.
Masjid An-Nabawi juga tidak terlepas daripada kisah ajaib ini. Antaranya sebatang pokok tamar yang menangis. Mengapa pokok ini boleh menangis?
.
Diriwayatkan daripada Jabir bin Abdullah bahawa pada masa itu masjid Rasulullah ﷺ beratap pelepah pokok tamar @ kurma. Jika Rasulullah ﷺ berkhutbah, baginda berdiri di atas salah satu batang pokok tamar. Oleh kerana jumlah umat Islam bertambah ramai, maka dicadangkan dibina mimbar agar jemaah majlis yang berada di belakang dapat melihat Rasulullah ﷺ ketika berkhutbah.
Cadangan Saidina Abu Bakar As-Sidiq ra supaya dibina mimbar yang baru diterima Rasullulah ﷺ. Lalu para sahabat pun membuat mimbar daripada kayu yang mempunyai 3 anak mata tangga. Apabila mimbar yang baru itu siap, Rasulullah ﷺ pun mula memberikan khutbah di atas mimbar baru tersebut, malah Nabi merasa selesa dengan mimbar yang baru itu lalu tidak menggunakan lagi batang tamar yang sering Baginda gunakan sebelum ini.
Namun, ketika Rasullullah ﷺ menggunakan mimbar baru itu, kedengaran suara rintihan seperti tangisan unta kehilangan anak yang semakin lama semakin kuat hingga menggoncangkan tanah yang terus bergetar sehingga para sahabat pun bertanya-tanya.
Rupa-rupanya, suara tangisan sedih itu datangnya daripada batang pokok tamar usang yang dulunya sering kali digunakan oleh Rasullullah ﷺ.
.
.
Rindukan Rasulullah ﷺ
.
Rasulullah ﷺ tersenyum. Lalu Baginda turun daripada mimbar dan menghampiri pokok tamar yang tidak jauh dari mimbar tersebut. Rasulullah ﷺ meletakkan tangan pada batang pokok tamar dan mengusap-usap dengan perlahan-lahan.
Rasulullah ﷺ berkata pada pokok tamar itu: “Jika engkau mahu, aku akan jadikan engkau dinding masjid ini, akarmu tumbuh lagi, tubuhmu hidup lagi dan engkau berbuah lagi. Atau jika engkau mahu, aku akan berdoa kepada Allah سبحانه وتعالى agar engkau akan menjadi pokok di syurga, supaya para wali Allah dapat memakan buah-buahmu.”
Batang tamar itu menjawab: “Saya memilih untuk ditanam ke dalam tanah dan akan tumbuh di syurga supaya wali-wali Allah dapat memakan buahku dan saya berada di tempat dimana di dalamnya saya kekal.”
Lalu goncangan tanah dan suara rintihan pun berhenti. Rasulullah ﷺ kemudian kembali pada mimbar dan menyampaikan kejadian tersebut kepada para sahabatnya. Rasulullah ﷺ berkata: “Ia (pokok kurma) memilih negeri yang kekal berbanding negeri yang fana ini!”
Rasulullah ﷺ kemudian menyuruh supaya ditanamkan batang pokok tamar itu berhampiran mimbar dan mengatakan bahawa ia akan dibangkitkan di dalam syurga.
Jabir RA berkata, “Pokok kurma itu juga menangis apabila ia mendengar orang berzikir atau mendengar bacaan al-Quran dekatnya.” (Hadis Riwayat Bukhari).
.
Begitulah kisah batang kering dari pokok tamar yang menangis kerana rindu kepada Rasulullah ﷺ. Sayang, kasih dan rindunya sebatang pokok tamar kepada Rasulullah ﷺ sehingga menangis kerana Rasulullah ﷺ beralih mimbar untuk berkhutbah. Betapa mulianya pokok tamar yang tidak akan terkena seksa api neraka seperti pada zaman Rasulullah ﷺ.
.
Hasan al-Basri apabila meriwayatkan kisah ini, beliau pun menangis dan berkata; “Wahai hamba Allah! Batang tamar pun rindu kepada Rasulullah ﷺ, maka kamu semua lebih utama untuk merasa rindu bertemu dengan Rasulullah ﷺ.”
.
Bayangkan! Sebatang pokok tamar tidak mahu jauh dari Nabi Muhammad ﷺ, padahal cuma berjarak beberapa meter. Bagaimana pula cinta kasih kita kepada Rasulullah ﷺ, nabi kesayangan kita? Kita yang mengaku sebagai umatnya, pernahkah kita menangis teresak-esak kerana Rasulullah ﷺ?
Bukan sekadar pengakuan lidah, apa bukti kecintaan dan kerinduan kita kepada Rasulullah ﷺ? Sejauh mana kita merasakan rindu untuk bertemu dan berada dekat dengan Al-Mushthafa Muhammad ﷺ. Maafkan kami ya Rasulullah ﷺ.
.
Alangkah malunya kita yang mengaku sebagai umat Nabi Muhammad ﷺ tetapi tidak pernah berasa rindu kepada Baginda ﷺ. Apatah lagi jarang-jarang berselawat kepada junjungan Nabi Muhammad ﷺ. Malah ada di kalangan kita nak jawab selawat pun susah, begitu bakhilnya diri kita nak melontarkan sebaris kalimah selawat.
Salawat orang Mukmin ialah memohon rahmat daripada Allah سبحانه وتعالى ke atas Nabi Muhammad ﷺ.
إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا
“Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bersalawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) ke atas Nabi (Muhammad ﷺ). Wahai orang-orang yang beriman! Bersalawatlah kamu ke atasnya serta ucapkanlah salam dengan penghormatan.” (Al-Ahzab: Ayat 56)
.
Mendekati Rasulullah ﷺ banyak caranya, misalnya dengan membaca selawat, zikir, mendatangi majlis-majlis ilmu, berkawan dengan orang soleh dan sebagainya. Sebarkan sirah, cara kehidupan, sejarah Nabi ﷺ kepada ahli keluarga dan terhadap orang-orang sekelilingmu….
Marilah kita perbanyakkan selawat kepada Nabi ﷺ di samping berdoa semoga suatu hari nanti kita akan bertemu dengan Rasulullah ﷺ dan memperolehi syafaat Baginda ﷺ.
Salam rindu hanya buatmu Ya Rasulullah ﷺ….
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمْ
.
.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah سبحانه وتعالى Maha Mengetahui apa yang benar)
.
.
وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه
Monday, July 06, 2015
Sifat Terpuji Rasulullah.
Sifat Terpuji Rasulullah.
Kisah hidup Rasulullah SAW yang menunjukkan betapa tingginya sifat kasih sayang baginda.
1. Pernah seorang Arab Badwi menarik dengan begitu kasar jubah buatan Najran yang kasar kainnya, yang dipakai oleh Rasulullah SAW hingga berbekas leher baginda. Tetapi Rasulullah SAW tidak marah, malah menghadiahkan jubah itu kepada Arab Badwi tersebut.
2. Seorang wanita tua selalu menyakiti Rasulullah SAW dengan meletakkan duri, najis dan lain-lain halangan di jalan yang selalu dilalui oleh Rasulullah SAW. Namun Rasulullah SAW tidak bertindak balas. Pada satu ketika apabila wanita itu sakit, Rasulullah SAW menziarahi dan menunjukkan kasih sayang terhadapnya. Wanita tua itu terharu dengan kebaikan Rasulullah, lantas memeluk Islam di tangan baginda.
3. Rasulullah SAW pernah dilihat oleh para Sahabatnya mencium anak kecil, lantas seorang Sahabat menegurnya, “Engkau mencium anak kecil, ya Rasulullah?” Kerana pada sangkaannya Rasulullah tidak pernah mencium anak kecil. Baginda mengiyakan lantas bersabda, “Barang siapa tidak mengasihi, dia tidak akan dikasihi.”
4. Rasulullah SAW sangat mengasihi Sahabat-sahabatnya. Jika seorang Sahabat sudah dua tiga hari tidak kelihatan, baginda akan bertanya, “Ke mana perginya si polan si polan itu…”
5. Jika ada orang yang meminta tolong pada Rasulullah SAW, tidak pernah baginda tidak menunaikannya. Baginda sangat prihatin dan amat mengambil berat kesusahan orang lain. Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa yang menunaikan satu hajat saudaranya, akan ALLAH tunai 70 hajatnya.”
6. Pernah satu ketika seorang Arab Badwi kencing di satu sudut dalam Masjid Nabi. Ada di antara para Sahabat marah kerana sikap tidak beradab itu. Tetapi Rasulullah SAW tetap tenang dan berkata, “Biarkan dia menyelesaikan hajatnya…” Setelah lelaki tersebut selesai, Rasulullah SAW sendiri membasuh najis itu dan kemudiannya barulah memberitahu Arab Badwi tersebut adab-adab di dalam masjid.
7. Ketika Rasulullah SAW berdakwah dengan anak angkatnya Zaid bin Harisah di Thaif, baginda telah dibaling dengan batu oleh kanak-kanak dan pemuda-pemuda nakal yang disuruh berbuat begitu oleh penduduk kota tersebut. Akibatnya, lutut Rasululah SAW telah berdarah. Melihat penganiayaan itu, malaikat sangat marah sehingga menawarkan untuk menghempap penduduk Thaif dengan bukit-bukit sekitar bandar itu. Tetapi Rasulullah SAW menolaknya dan berkata, “Jangan, mereka tidak tahu saya ini rasul-Nya.” Malaikat menjawab: “Tuan benar.” Selepas itu baginda terus berdoa untuk penduduk Thaif: “Ya ALLAH berilah petunjuk bagi kaumku, mereka tidak mengetahui.”
8. Pernah seorang Sahabat duduk secara menghimpit paha atas paha dengan Rasulullah SAW. Baginda membiarkannya sahaja untuk menjaga hati Sahabat tersebut supaya tidak menganggap yang Rasulullah SAW tidak sudi duduk bersamanya.
9. Sewaktu hijrah ke Madinah, Rasulullah SAW telah dikejar dengan kuda oleh seorang bernama Suraqah yang bercita-cita merebut hadiah yang ditawarkan oleh kafir Quraisy Makkah jika berjaya membunuh Rasulullah SAW. Setiap kali kuda Suraqah mendekati Rasulullah SAW, setiap kali itulah kudanya tersungkur jatuh. Rasulullah SAW tidak bertindak apa-apa. Rasulullah memaafkannya. Akhirnya Suraqah menyerah dan berjanji tidak akan cuba membunuh Rasulullah SAW lagi.
10. Satu ketika seorang musuh bernama Da`thur mendapati Rasulullah SAW sedang berehat di satu batu. Dia terus melompat dan meletakkan pedangnya di leher Rasulullah SAW dan berkata, “Siapa yang akan menyelamatkan nyawa kamu dan tanganku?”
Rasulullah SAW spontan menjawab, “ALLAH!”
Mendengar jawapan Rasulullah itu, Da`thur menggeletar hingga pedangnya jatuh daripada tangan.
Rasulullah SAW mengambil pedang itu dan bertanya, “Kali ini siapa yang akan menyelamatkan kamu dari tanganku?”
Da`thur tergamam dan menjawab, “Tiada siapa.”
Akhirnya Rasulullah SAW memaafkan Da`thur. Melihat kasih sayang yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW itu, Da`thur pun mengucap dua kalimah syahadah (masuk Islam).
11. Rasulullah SAW sangat penyayang dengan anak-anaknya dan bertimbangrasa dengan isteri-isterinya. Pada kesilapan isteri-isterinya, baginda selalu memberi maaf. Baginda juga membantu kerja-kerja rumah dan menampung jubah dan kasutnya sendiri.
12. Rasulullah SAW selalu berjalan dengan fakir miskin dan sering menziarahi janda-janda, bertanya akan keperluan hidup mereka. Bahkan dengan orang-orang miskin dan melarat, baginda selalu duduk bersama mereka, berbual, makan minum dan bermesra dengan mereka.
13. Pernah di satu pagi Hari Raya, Rasulullah SAW bertemu seorang kanak-kanak yang menangis di tepi jalan. Baginda terharu dan bertanya, “Mengapa engkau menangis?” Kanak-kanak tersebut menjawab, “Ayah saya telah mati syahid sementara ibu saya sudah berkahwin lain. Nasib saya terbiar dan saya tidak ada baju barn dan lain-lain persediaan untuk berhari raya.” Rasulullah SAW mengalirkan air mata mengenangkan nasib kanak-kanak tersebut. Baginda berkata: “Sukakah kamu kalau aku menjadi ayahmu dan Aisyah (isteri Rasulullah) menjadi ibumu?” Sungguh tidak terkira gembiranya rasa hati kanak-kanak itu, bila mendengar Rasulullah SAW yang mulia menjadi ayahnya. Baginda pun membawa pulang kanak-kanak tersebut ke rumahnya. Kanak-kanak itu dimandikan, dipakaikan dengan baju raya dan dijamu makan. Betapa gembiranya hati kanak-kanak itu, begitulah gembiranya hati Rasulullah SAW kerana dapat menggembirakannya.
14. Pada ketika yang lain, dalam perjalanan menuju ke pasar, Rasulullah SAW melihat seorang budak (hamba sahaya) sedang menangis di tepi jalan. Bila baginda tanyakan mengapa menangis, budak itu menjawab bahawa dia menangis kerana duit yang diberi oleh tuannya telah hilang. Rasulullah SAW terus mengganti duit yang hilang itu dengan duit baginda sendiri. Tetapi apabila baginda balik dari pasar, dilihatnya budak yang sama masih menangis. “Kenapa kamu masih menangis?” tanya Rasulullah SAW. “Kali ini saya menangis kerana takut dimarahi dan dipukul oleh tuan saya kerana saya sudah terlambat pulang dan pasar,” jawab budak itu.
Untuk mengelakkan budak itu daripada dimarahi, Rasulullah SAW sendiri menemaninya pulang. Rupanya rumah itu dihuni oleh sekumpulan wanita. Rasulullah SAW terus memberi salam. Setelah tiga kali memberi salam, barulah salam Rasulullah SAW itu dijawab. Rasulullah SAW bertanya, “Apakah kamu tidak dengar salam saya sebelumnya?” Wanita-wanita itu menjawab, “Kami dengar, tetapi sengaja kami tidak jawab supaya kami mendapat doa daripada Rasulullah SAW banyak kali…”
Rasulullah SAW terus menerangkan mengapa budak itu lambat. Baginda meminta supaya budak itu tidak dirotan, tetapi sekiranya mereka tidak puas hati, Rasulullah menawarkan dirinya sebagai ganti untuk dirotan. Lantas Rasulullah SAW menyingsing lengan bajunya. Mendengar kata Rasulullah SAW itu, kumpulan wanita itu lantas berkata, ” Tidak, ya Rasulullah. Mulai sekarang, kami merdekakanlah budak ini.” Itulah kesan kasih sayang yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW.
16. Rasulullah SAW berjiran dengan seorang Yahudi. Baginda sangat menjaga hak-hak jiran. Baginda tidak pernah melakukan sesuatu yang menyakiti hati jirannya malah baginda selalu menghadiahkan makanan dan lain-lain hadiah kepada jiran Yahudinya itu.
17. Rasulullah SAW juga sangat mengambil berat tentang hak-hak kafir zimmi. Baginda bersabda: “Siapa yang menzalimi kafir zimmi walaupun orang Islam sayalah pembelanya (penebusnya).”
18. Rasulullah SAW juga sangat mengasihi binatang. Baginda melarang kanak-kanak menyeksa binatang. Untuk menyembelih binatang, Rasulullah SAW berpesan supaya menggunakan pisau yang tajam, agar binatang tersebutcepat mati dan tidak lama dalam kesakitan. Rasulullah SAW sering mengingatkan supaya unta-unta dan himar tidak dibebani oleh muatan yang berlebihan daripada apa yang sanggup ditanggung. Pernah seekor kucing tidur atas serban Rasulullah SAW. Maka baginda menggunting bahagian tempat kucing itu tidur di atasnya kerana tidak mahu mengejutkan kucing tersebut. Ketika dalam perjalanan dan Madinah ke Makkah di tahun kemenangan, Rasulullah melihat seekor anjing di tepi jalan. Anjing itu mengeluarkan suara seakan-akan membujuk anaknya yang sedang mengerumuninya untuk menyusu. Maka Rasulullah meminta seorang Sahabat untuk menjaga jangan sampai ada dan kalangan anggota rombongan baginda yang mengganggu anjing itu dan anak-anaknya. Ketika Rasulullah melihat seekor himar yang telah diberi tanda dengan besi panas di mukanya, baginda menentangnya dan melarang haiwan diberi tanda dan dipukul di mukanya.
19. Ketika Rasulullah meninggalkan kabilah Saqif, ada seorang lelaki yang memohon kepada beliau, “Wahai Rasulullah, berdoalah untuk kebinasaan mereka.” Rasulullah berkata, “Ya ALLAH, berilah petunjuk kepada kabilah Saqif dan bawalah mereka (ke jalan yang benar).”
20. Satu ketika Abu Zar keluar bersama hamba sahayanya yang berpakaian seperti apa yang beliau pakai, lalu ada orang bertanya, “Mengapa kamu berbuat demikian?” Abu Zar menjawab, beliau mendengar Rasulullah berkata: “Hamba sahaya itu adalah saudaramu, mereka di jadikan oleh ALLAH di bawah kekuasaanmu. Maka barangsiapa saudaranya di bawah kekuasaannya (di bawah jagaannya), hendaklah dia memberi makan dengan apa yang dia makan dan memberi pakaian dengan pakaian yang is pakai, dan janganlah hamba itu disuruh melakukan pekerjaan di luar batas kemampuannya. Apabila mereka diperintahkan bekerja maka bantulah mereka.”
INILAH sebahagian daripada cerita-cerita sebagai bukti betapa pengasih dan pemaafnya Rasulullah SAW, model agung kecintaan yang paling unggul dan patut dicontohi oleh manusia sepanjang zaman. Cerita-cerita itu menunjukkan betapa kasih dan sayangnya Rasulullah SAW sama ada kepada manusia atau bintang, yang sepatutnya dicontohi oleh umat Islam.
Kisah hidup Rasulullah SAW yang menunjukkan betapa tingginya sifat kasih sayang baginda.
1. Pernah seorang Arab Badwi menarik dengan begitu kasar jubah buatan Najran yang kasar kainnya, yang dipakai oleh Rasulullah SAW hingga berbekas leher baginda. Tetapi Rasulullah SAW tidak marah, malah menghadiahkan jubah itu kepada Arab Badwi tersebut.
2. Seorang wanita tua selalu menyakiti Rasulullah SAW dengan meletakkan duri, najis dan lain-lain halangan di jalan yang selalu dilalui oleh Rasulullah SAW. Namun Rasulullah SAW tidak bertindak balas. Pada satu ketika apabila wanita itu sakit, Rasulullah SAW menziarahi dan menunjukkan kasih sayang terhadapnya. Wanita tua itu terharu dengan kebaikan Rasulullah, lantas memeluk Islam di tangan baginda.
3. Rasulullah SAW pernah dilihat oleh para Sahabatnya mencium anak kecil, lantas seorang Sahabat menegurnya, “Engkau mencium anak kecil, ya Rasulullah?” Kerana pada sangkaannya Rasulullah tidak pernah mencium anak kecil. Baginda mengiyakan lantas bersabda, “Barang siapa tidak mengasihi, dia tidak akan dikasihi.”
4. Rasulullah SAW sangat mengasihi Sahabat-sahabatnya. Jika seorang Sahabat sudah dua tiga hari tidak kelihatan, baginda akan bertanya, “Ke mana perginya si polan si polan itu…”
5. Jika ada orang yang meminta tolong pada Rasulullah SAW, tidak pernah baginda tidak menunaikannya. Baginda sangat prihatin dan amat mengambil berat kesusahan orang lain. Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa yang menunaikan satu hajat saudaranya, akan ALLAH tunai 70 hajatnya.”
6. Pernah satu ketika seorang Arab Badwi kencing di satu sudut dalam Masjid Nabi. Ada di antara para Sahabat marah kerana sikap tidak beradab itu. Tetapi Rasulullah SAW tetap tenang dan berkata, “Biarkan dia menyelesaikan hajatnya…” Setelah lelaki tersebut selesai, Rasulullah SAW sendiri membasuh najis itu dan kemudiannya barulah memberitahu Arab Badwi tersebut adab-adab di dalam masjid.
7. Ketika Rasulullah SAW berdakwah dengan anak angkatnya Zaid bin Harisah di Thaif, baginda telah dibaling dengan batu oleh kanak-kanak dan pemuda-pemuda nakal yang disuruh berbuat begitu oleh penduduk kota tersebut. Akibatnya, lutut Rasululah SAW telah berdarah. Melihat penganiayaan itu, malaikat sangat marah sehingga menawarkan untuk menghempap penduduk Thaif dengan bukit-bukit sekitar bandar itu. Tetapi Rasulullah SAW menolaknya dan berkata, “Jangan, mereka tidak tahu saya ini rasul-Nya.” Malaikat menjawab: “Tuan benar.” Selepas itu baginda terus berdoa untuk penduduk Thaif: “Ya ALLAH berilah petunjuk bagi kaumku, mereka tidak mengetahui.”
8. Pernah seorang Sahabat duduk secara menghimpit paha atas paha dengan Rasulullah SAW. Baginda membiarkannya sahaja untuk menjaga hati Sahabat tersebut supaya tidak menganggap yang Rasulullah SAW tidak sudi duduk bersamanya.
9. Sewaktu hijrah ke Madinah, Rasulullah SAW telah dikejar dengan kuda oleh seorang bernama Suraqah yang bercita-cita merebut hadiah yang ditawarkan oleh kafir Quraisy Makkah jika berjaya membunuh Rasulullah SAW. Setiap kali kuda Suraqah mendekati Rasulullah SAW, setiap kali itulah kudanya tersungkur jatuh. Rasulullah SAW tidak bertindak apa-apa. Rasulullah memaafkannya. Akhirnya Suraqah menyerah dan berjanji tidak akan cuba membunuh Rasulullah SAW lagi.
10. Satu ketika seorang musuh bernama Da`thur mendapati Rasulullah SAW sedang berehat di satu batu. Dia terus melompat dan meletakkan pedangnya di leher Rasulullah SAW dan berkata, “Siapa yang akan menyelamatkan nyawa kamu dan tanganku?”
Rasulullah SAW spontan menjawab, “ALLAH!”
Mendengar jawapan Rasulullah itu, Da`thur menggeletar hingga pedangnya jatuh daripada tangan.
Rasulullah SAW mengambil pedang itu dan bertanya, “Kali ini siapa yang akan menyelamatkan kamu dari tanganku?”
Da`thur tergamam dan menjawab, “Tiada siapa.”
Akhirnya Rasulullah SAW memaafkan Da`thur. Melihat kasih sayang yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW itu, Da`thur pun mengucap dua kalimah syahadah (masuk Islam).
11. Rasulullah SAW sangat penyayang dengan anak-anaknya dan bertimbangrasa dengan isteri-isterinya. Pada kesilapan isteri-isterinya, baginda selalu memberi maaf. Baginda juga membantu kerja-kerja rumah dan menampung jubah dan kasutnya sendiri.
12. Rasulullah SAW selalu berjalan dengan fakir miskin dan sering menziarahi janda-janda, bertanya akan keperluan hidup mereka. Bahkan dengan orang-orang miskin dan melarat, baginda selalu duduk bersama mereka, berbual, makan minum dan bermesra dengan mereka.
13. Pernah di satu pagi Hari Raya, Rasulullah SAW bertemu seorang kanak-kanak yang menangis di tepi jalan. Baginda terharu dan bertanya, “Mengapa engkau menangis?” Kanak-kanak tersebut menjawab, “Ayah saya telah mati syahid sementara ibu saya sudah berkahwin lain. Nasib saya terbiar dan saya tidak ada baju barn dan lain-lain persediaan untuk berhari raya.” Rasulullah SAW mengalirkan air mata mengenangkan nasib kanak-kanak tersebut. Baginda berkata: “Sukakah kamu kalau aku menjadi ayahmu dan Aisyah (isteri Rasulullah) menjadi ibumu?” Sungguh tidak terkira gembiranya rasa hati kanak-kanak itu, bila mendengar Rasulullah SAW yang mulia menjadi ayahnya. Baginda pun membawa pulang kanak-kanak tersebut ke rumahnya. Kanak-kanak itu dimandikan, dipakaikan dengan baju raya dan dijamu makan. Betapa gembiranya hati kanak-kanak itu, begitulah gembiranya hati Rasulullah SAW kerana dapat menggembirakannya.
14. Pada ketika yang lain, dalam perjalanan menuju ke pasar, Rasulullah SAW melihat seorang budak (hamba sahaya) sedang menangis di tepi jalan. Bila baginda tanyakan mengapa menangis, budak itu menjawab bahawa dia menangis kerana duit yang diberi oleh tuannya telah hilang. Rasulullah SAW terus mengganti duit yang hilang itu dengan duit baginda sendiri. Tetapi apabila baginda balik dari pasar, dilihatnya budak yang sama masih menangis. “Kenapa kamu masih menangis?” tanya Rasulullah SAW. “Kali ini saya menangis kerana takut dimarahi dan dipukul oleh tuan saya kerana saya sudah terlambat pulang dan pasar,” jawab budak itu.
Untuk mengelakkan budak itu daripada dimarahi, Rasulullah SAW sendiri menemaninya pulang. Rupanya rumah itu dihuni oleh sekumpulan wanita. Rasulullah SAW terus memberi salam. Setelah tiga kali memberi salam, barulah salam Rasulullah SAW itu dijawab. Rasulullah SAW bertanya, “Apakah kamu tidak dengar salam saya sebelumnya?” Wanita-wanita itu menjawab, “Kami dengar, tetapi sengaja kami tidak jawab supaya kami mendapat doa daripada Rasulullah SAW banyak kali…”
Rasulullah SAW terus menerangkan mengapa budak itu lambat. Baginda meminta supaya budak itu tidak dirotan, tetapi sekiranya mereka tidak puas hati, Rasulullah menawarkan dirinya sebagai ganti untuk dirotan. Lantas Rasulullah SAW menyingsing lengan bajunya. Mendengar kata Rasulullah SAW itu, kumpulan wanita itu lantas berkata, ” Tidak, ya Rasulullah. Mulai sekarang, kami merdekakanlah budak ini.” Itulah kesan kasih sayang yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW.
16. Rasulullah SAW berjiran dengan seorang Yahudi. Baginda sangat menjaga hak-hak jiran. Baginda tidak pernah melakukan sesuatu yang menyakiti hati jirannya malah baginda selalu menghadiahkan makanan dan lain-lain hadiah kepada jiran Yahudinya itu.
17. Rasulullah SAW juga sangat mengambil berat tentang hak-hak kafir zimmi. Baginda bersabda: “Siapa yang menzalimi kafir zimmi walaupun orang Islam sayalah pembelanya (penebusnya).”
18. Rasulullah SAW juga sangat mengasihi binatang. Baginda melarang kanak-kanak menyeksa binatang. Untuk menyembelih binatang, Rasulullah SAW berpesan supaya menggunakan pisau yang tajam, agar binatang tersebutcepat mati dan tidak lama dalam kesakitan. Rasulullah SAW sering mengingatkan supaya unta-unta dan himar tidak dibebani oleh muatan yang berlebihan daripada apa yang sanggup ditanggung. Pernah seekor kucing tidur atas serban Rasulullah SAW. Maka baginda menggunting bahagian tempat kucing itu tidur di atasnya kerana tidak mahu mengejutkan kucing tersebut. Ketika dalam perjalanan dan Madinah ke Makkah di tahun kemenangan, Rasulullah melihat seekor anjing di tepi jalan. Anjing itu mengeluarkan suara seakan-akan membujuk anaknya yang sedang mengerumuninya untuk menyusu. Maka Rasulullah meminta seorang Sahabat untuk menjaga jangan sampai ada dan kalangan anggota rombongan baginda yang mengganggu anjing itu dan anak-anaknya. Ketika Rasulullah melihat seekor himar yang telah diberi tanda dengan besi panas di mukanya, baginda menentangnya dan melarang haiwan diberi tanda dan dipukul di mukanya.
19. Ketika Rasulullah meninggalkan kabilah Saqif, ada seorang lelaki yang memohon kepada beliau, “Wahai Rasulullah, berdoalah untuk kebinasaan mereka.” Rasulullah berkata, “Ya ALLAH, berilah petunjuk kepada kabilah Saqif dan bawalah mereka (ke jalan yang benar).”
20. Satu ketika Abu Zar keluar bersama hamba sahayanya yang berpakaian seperti apa yang beliau pakai, lalu ada orang bertanya, “Mengapa kamu berbuat demikian?” Abu Zar menjawab, beliau mendengar Rasulullah berkata: “Hamba sahaya itu adalah saudaramu, mereka di jadikan oleh ALLAH di bawah kekuasaanmu. Maka barangsiapa saudaranya di bawah kekuasaannya (di bawah jagaannya), hendaklah dia memberi makan dengan apa yang dia makan dan memberi pakaian dengan pakaian yang is pakai, dan janganlah hamba itu disuruh melakukan pekerjaan di luar batas kemampuannya. Apabila mereka diperintahkan bekerja maka bantulah mereka.”
INILAH sebahagian daripada cerita-cerita sebagai bukti betapa pengasih dan pemaafnya Rasulullah SAW, model agung kecintaan yang paling unggul dan patut dicontohi oleh manusia sepanjang zaman. Cerita-cerita itu menunjukkan betapa kasih dan sayangnya Rasulullah SAW sama ada kepada manusia atau bintang, yang sepatutnya dicontohi oleh umat Islam.
Romantiknya Rasulullah (Bhgn 1)
Gambar sekadar hiasan
"Seperti simpulan yang mengikat dengan kukuh"
Lebih banyak kita meruntun simpulan, semakin kuat lah ikatan itu.
Sesekali Saidatina Aisyah r.a akan bertanya manja,
"Bagaimana dengan ikatan itu? Ya Rasullah"
Rasulullah s.a.w menjawab,
"Ia sentiasa kukuh seperti hari kau bertanya Ya Aishah ♥"
Rasulullah Meminang Aisyah
Setelah Rasulullah memberi kebenaran kepadanya untuk meminang Aisyah, maka Haulah dengan perasaan gembira terus menuju ke rumah Abu Bakar, lalu bertemu dengan, Ummu Ruman isterinya Abu Bakar.
“Tahukah kamu ada kebaikan yang telah Allah kurniakan kepada keluargamu,” kata Haulah kepada ketika mereka berhadapan. Ummu Ruman yang tidak mengerti apa-apa lalu bertanya, “Apakah yang telah berlaku?”
“Percayalah bahawa Rasulullah kini menyebut nama anakmu, Aisyah,” kata Haulah lagi.
Ummu Ruman menjadi terkejut. Ada sesuatu sebenarnya yang di pendamkan dan tidak di ceritakan kepada Haulah.
Tidak berapa lama kemudian, Abu Bakar kembali. Dia menceritakan tujuan kedatangan Haulah tadi. Abu Bakar turut terkejut, lalu bertanya, “Apakah Aisyah itu sesuai untuknya sedangkan Aisyah itu anak saudaranya.” Haulah terdiam dan tidak dapat menjawabnya. Lalu dia menemui Nabi dan bertanyakan kemusykilan Abu Bakar.
“Benar, Abu Bakar itu saudaraku dan aku juga saudara baginya, tetapi anaknya itu sah untuk aku nikahi sebab dia bukan anak saudara kandung,” Nabi menjawab.
Haulah merasa puas mendengar jawapan tersebut lalu pulang bagi memberitahu Abu Bakar akan jawapan itu. Abu Bakar terdiam dan perasaannya bercampur baur. Seperti isterinya, dia turut menyimpan sesuatu perkara yang dipendamkannya dan perlu untuk dia selesaikan pada kadar yang segera.
Abu Bakar terus menuju kerumah Mu’tam bin Adiy yang ketika itu belum memeluk Islam. Sebenarnya Mu’tam pernah berhajat untuk meminang Aisyah bagi anak lelakinya. Abu Bakar merasakan dia telah terikat dengan janji kepada Mu’tam dan merasakan tidak adil jika dia sengaja menggugurkan janji tersebut tanpa pengetahuan pihak lelaki.
“Apakah pendapatmu tentang Aisyah?” tanya Abu Bakar sebaik sahaja dia tiba di rumah Mu’tam.
“Jika kami ingin mengahwinkan anak kami dengan Aisyah, kami khuatir jika dia perlu memeluk Islam,” jawab isteri Mu’tam. Ternyata mereka tidka mahu meninggalkan agama yang mereka anuti sekarang ini dan khuatir perlu memeluk Islam jika mahu meminang Aisyah.
Abu Bakar tidak menjawab kemuskilan isteri Mu’tam itu, lalu bertanya kepada Mu’tam. “Apakah pendapatmu, Mu’tam?”
Mu’tam memberi jawapan yang sama dengan isterinya. Atas keengganan itu, Abu Bakar merasakan yang dia sudah lepas dari perjanjiannya dengan Mu’tam. Selepas itu, Abu Bakar bersetuju dengan permintaan Nabi dan Nabi kemudia melamar Aisyah dan menjadi isterinya.
Rasulullah Dan Kucing Kesayangannya "Muezza"
Gambar sekadar hiasan
Rasulullah Dan Pengemis Buta
Gambar sekadar hiasan
“Wahai saudaraku! Jangan engkau dekati Muhammad itu. Dia orang gila. Dia
pembohong. Dia tukang sihir. Jika engkau mendekatinya, engkau akan
dipengaruhinya dan engkau akan menjadi seperti dia,” kata seorang
pengemis buta Yahudi berulang-ulang kali di satu sudut pasar di Madinah
pada setiap pagi sambil tangannya menadah meminta belas orang yang
lalu-lalang.
Orang yang lalu-lalang di pasar itu ada yang menghulurkan sedekah kerana
kasihan malah ada juga yang tidak mempedulikannya langsung.
Pada setiap pagi, kata-kata menghina Rasulullah SAW itu tidak lekang
daripada mulutnya seolah-olah mengingatkan kepada orang ramai supaya
jangan terpedaya dengan ajaran Rasulullah SAW. Seperti biasa juga,
Rasulullah SAW ke pasar Madinah. Apabila baginda sampai, baginda terus
mendapatkan pengemis buta Yahudi itu lalu menyuapkan makanan ke mulutnya
dengan lembut dan bersopan tanpa berkata apa-apa.
Pengemis buta Yahudi yang tidak pernah bertanya siapakah yang menyuapkan
itu begitu berselera sekali apabila ada orang yang baik hati memberi
dan menyuapkan makanan ke mulutnya.
Perbuatan baginda itu dilakukannya setiap hari sehinggalah baginda
wafat. Sejak kewafatan baginda, tidak ada sesiapa yang sudi menyuapkan
makanan ke mulut pengemis itu setiap pagi.
Pada satu pagi, Saidina Abu Bakar ra pergi ke rumah anaknya, Siti Aisyah
yang juga merupakan isteri Rasulullah SAW untuk bertanyakan sesuatu
kepadanya.
“Wahai anakku Aisyah, apakah kebiasaan yang Muhammad lakukan yang aku
tidak lakukan?”, tanya Saidina Abu Bakar ra sebaik duduk di dalam rumah
Aisyah.
“Ayahandaku, boleh dikatakan apa sahaja yang Rasulullah lakukan,
ayahanda telah lakukan kecuali satu,” beritahu Aisyah sambil melayan
ayahandanya dengan hidangan yang tersedia.
“Apakah dia wahai anakku, Aisyah?”
“Setiap pagi Rasulullah akan membawa makanan untuk seorang pengemis buta
Yahudi di satu sudut di pasar Madinah dan menyuapkan makanan ke
mulutnya. Sejak pemergian Rasulullah, sudah tentu tidak ada sesiapa lagi
yang menyuapkan makanan kepada pengemis itu,” beritahu Aisyah kepada
ayahandanya seolah-olah kasihan dengan nasib pengemis itu.
“Kalau begitu, ayahanda akan lakukan seperti apa yang Muhammad lakukan
setiap pagi. Kamu sediakanlah makanan yang selalu dibawa oleh Muhammad
untuk pengemis itu,” beritahu Saidina Abu Bakar ra kepada anaknya.
Pada keesokan harinya, Saidina Abu BAkar ra membawakan makanan yang sama
seperti apa yang Rasulullah SAW bawakan untuk pengemis itu sebelum ini.
Setelah puas mencari, akhirnya beliau bertemu juga dengan pengemis buta
itu. Saidina Abu Bakar ra segera menghampiri dan terus menyuapkan
makanan ke mulut pengemis itu.
“Hei… Siapakah kamu? Berani kamu menyuapku?” Pengemis buta itu
mengherdik Saidina Abu Bakar ra. Pengemis buta itu terasa lain benar
perbuatan Saidina Abu Bakar ra itu seperti kebiasaan.
“Akulah orang yang selalu menyuapmu setiap pagi,” jawab Saidina Abu
Bakar ra sambil memerhatikan wajah pengemis buta itu yang nampak marah.
“Bukan! Kamu bukan orang yang selalu menyuapku setiap pagi. Perbuatan
orang itu terlalu lembut dan bersopan. Aku dapat merasakannya, dia
terlebih dahulu akan menghaluskan makanan itu kemudian barulah menyuap
ke mulutku. Tapi kali ini aku terasa sangat susah aku hendak
menelannya,” balas pengemis buta itu lagi sambil menolak tangan Saidina
Abu Bakar ra yang masih memegang makanan itu.
“Ya, aku mengaku. Aku bukan orang yang biasa menyuapmu setiap pagi. Aku
adalah sahabatnya. Aku menggantikan tempatnya,” beritahu Saidina Abu
Bakar ra sambil mengesat air matanya yang sedih.
“Tetapi ke manakah perginya orang itu dan siapakah dia?”, tanya pengemis buta itu.
“Dia ialah Muhammad Rasulullah. Dia telah kembali ke rahmatullah. Sebab
itulah aku yang menggantikan tempatnya,” jelas Saidina Abu Bakar ra
dengan harapan pengemis itu berpuas hati.
“Dia Muhammad Rasulullah?”, kata pengemis itu dengan suara yang terkedu.
“Mengapa kamu terkejut? Dia insan yang sangat mulia,” beritahu Saidina
Abu Bakar ra. Tidak semena-mena pengemis itu menangis sepuas-puasnya.
Setelah agak reda, barulah dia bersuara.
“Benarkah dia Muhammad Rasulullah?”, pengemis buta itu mengulangi
pertanyaannya seolah-olah tidak percaya dengan berita yang baru
didengarnya itu.
“Ya benar. Kamu tidak percaya?”
“Selama ini aku menghinanya, aku memfitnahnya tetapi dia sedikit pun
tidak pernah memarahiku malah dia terus juga menyuap makanan ke mulutku
dengan sopan dan lembut. Sekarang aku telah kehilangannya sebelum sempat
memohon ampun kepadanya,” ujar pengemis itu sambil menangis
teresak-esak.
“Dia memang insan yang sangat mulia. Kamu tidak akan berjumpa dengan
manusia semulia itu selepas ini kerana dia telah pun meninggalkan kita,”
beritahu Saidina Abu Bakar ra.
“Kalau begitu, aku mahu kamu menjadi saksi. Aku ingin mengucapkan
kalimah syahadah dan aku memohon keampunan Allah,” ujar pengemis buta
itu.
Selepas peristiwa itu, pengemis itu telah memeluk Islam di hadapan
Saidina Abu Bakar ra. Keperibadian Rasulullah SAW telah memikat jiwa
pengemis itu untuk mengakui ke-Esaan Allah..
Rasulullah Dan Buah Limau
Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu.
Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya."
Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan datangnya dari orang bukan Islam. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa kerana sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya ditewaskan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.
Sifat Dan Sikap Rasulullah Muhammad SAW
Bismillahirrahmanirrahim..
“Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik
bagi kamu iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah
dan (balasan baik) hari Akhirat, serta ia juga banyak menyebut dan
memperingati Allah (dalam masa susah dan senang).”
(Surah al-Ahzab: Ayat 21)
Sifat-sifat dan sikap-sikap Nabi Muhammad s.aw. yang terpuji:
1. Tawadhuk
Dari Umar bin Khattab r.a. berkata: Rasulullah berpesan: “ Janganlah kamu semua melampaui batas semasa memujiku, sebagaimana orang nasrani melampaui batas memuji Isa bin Maryam. Aku hanyalah seorang hamba, oleh itu katakanlah aku adalah hamba Allah dan Rasul-Nya.” (HR Bukhari dan Tirmizi)
Dari Amarah berkata: Seseorang bertanya kepada Aisyah: Apakah yang Rasulullah lakukan di rumah? Aisyah menjawab: Beliau sama seperti orang lain. Beliau menjahit pakaian, memerah susu kambing dan menyiapkan keperluan diri beliau sendiri. (HR Bukhari dan Tirmizi)
2. Lemah lembut
Dari Aisyah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w mencium salah satu isterinya ketika beliau sedang berpuasa , kemudian dia (isterinya) tertawa". (HR. Muslim)
Ibn Asaakir meriwayatkan dari Aisyah ra. Bahwasanya Rasulullah sa..w berkata kepadanya: " Apakah engkau rela menjadi isteriku dunia akhirat? Beliau menjawab: ya aku rela. Lalu Rasulullah s.a.w. berkata: "engkau adalah isteri saya dunia dan akhirat." (Berkata Albany di silsilatus sahih: HR. Hakim).
Penyayang
Aisyah r.a. berkata; Pada suatu hari, Nabi s.a.w menemui dan bertanya, “Apakah kamu mempunyai makanan?” kami menjawab, Tidak. Beliau bersabda: “Kalau begitu, saya akan berpuasa.” Kemudian beliau datang lagi pada hari yang lain dan kami berkata, Wahai Rasulullah, kita telah diberi hadiah berupa Hais (makanan yang terbuat dari kura, samin dan keju). Maka beliau pun bersabda: “Bawalah kemari, sungguhnya dari pagi tadi aku berpuasa,” maka beliau makan. (HR. Muslim)
3. Pemaaf
Dari Aisyah r.a berkta: Rasulullah bukan seorang yang bersifat keji dan tidak pernah bersikap keji. Beliau bukan seorang yang suka berteriak di pasar. Beliau tidak membalas kejahatan dengan kejahatan, akam tetapi suka memaafkan. (HR. Tirmizi)
4. Jujur
Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya jujur itu membawa kebaikan dan kebaikan itu membawa ke surga, sesungguhnya orang yang berkata benar maka orang tersebut dicatat sebagai orang yang paling jujur. Sesungguhnya dusta itu membawa kepada kejahatan dan kejahatan itu mengantarkan ke neraka dan orang yang dusta maka akan ditulis di sisi Allah sebagai orang yang paling dusta.” (HR. Bukhari)
5.Sabar
Rasulullah SAW bersabda: “Sangat mengagumkan bagi seorang mukmin, sebab segala urusannya sangat baik, dan tidak mungkin terjadi demikian kecuali bagi seorang mukmin: jika mendapat nikmat ia bersyukur, maka syukur itu sangat baik baginya dan bila menderita kesusahan ia bersabar, maka sabar itu lebih baik baginya.” (HR Muslim)
6.Percakapan Nabi s.a.w.
Asiyah r.a berkata: Rasulullah tidak pernah bercakap dengan laju seperti kamu semua. Beliau selalu bercakap dengan jelas dan terperinci, sehingga orang yang mendengar dapat menhafal apa yang mereka dengar. (HR. Tirmizi dan Abu Daud)
Dari Anas bin Malik bercerita: Rasulullah mengulangi percakapan beliau sehingga tiga kali supaya difahami (oleh mereka yang mendengar) (HR. Tirmizi dan Bukhari)
7. Bacaan Nabi s.a.w.
Ya’la bin Mamlak melaporkan, dia bertanya kepada Ummu Salamah mengenai cara Rasulullah membaca Quran. Ummu Salamah menjelaskan, Rasulullah membaca Quran dengan jelas, perkataan demi perkataan. (HR. Abu Daud, Tirmizi dan Nasa’i)
8. Tangisan Nabi s.a.w.
Dari Abdullah asy-Shikhkhair berkata: Aku mengunjungi Rasulullah semasa beliau sedang solat. Pada masa itu, terdenganr tangisan beliau yang berbunyi seperti air sedang menggelegak. (HR. Tirmizi, Abu Daud, Nasa’i dan Ibnu Khuzaimah)
Dari Aisyah r.a. berkata: Rasulullah mencium Utsman bin Mazh’un yang sudah meninggal dengan air mata yang berlinangan. (HR. Tirmizi, Abu Daud, dan Ibnu Majah)
9. Gurauan Nabi s.a.w
Abu Hurairah r.a berkata: "Para sahabat bertanya: Wahai rasulullah,adakah kamu bergurau dengan kami?"Rasulullah menjawap, "Aku tidak pernah berkata (sungguhpun dalam gurauan) perkara yang tidak benar" (HR. Tirmizi)
Anas bin Malik berkata: Ada seorang lelaki meminta kepada Rasulullah supaya dibawa menaiki tunggangan. Rasulullah menjawap,"Aku akan beri kamu menunggang anak unta bertina." Lelaki itu berkata,"Wahai rasulullah,apa yang dapat aku lakukan dengan anak unta betina? Jawap rasulullah"Bukankah unta betina yang melahirkan unta yang lain? (Hr. Tirmizi dan Abu Daud)
Anas bin Malik berkata: Rasulullah pernah berkata kepada Anas bin Malik "Wahai pemilik dua telinga" (Hr. Tirmizi dan Abu Daud) *Rasulullah memanggil Anas sebegitu kerana Anas merupakan seorang pendengar yang baik.
PENUTUP
Wahai pembaca yang dikasihi, sesungguhnya contoh-contoh yang disebutkan di atas hanyalah sedikit sahaja dari amalan-amalan murni yang sering dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w Dari sifat dan sikapnya yang murni sehingga pergaulan sehariannya itu telah dapat memberikan gambaran betapa tingginya keperibadiannya yang tiada tolok bandingnya. Maka itu, jika kita ingin mendapatkan kesejahteraan dan kesenangan yang hakiki di dunia dan akhirat, tidak ada insan yang wajar diikuti akhlak dan keperibadaiannya selain daripada Nabi Muhamamd s.a.w. Marilah sama-sama kita mula mencontohi amalan-amalan Nabi muhammad s.a.w. sedikit demi sedikit jika tidak boleh melakukannya semua dalam suatu masa dalam rangka menjalankan kewajipan kita sebagai hamba Allah s.w.t di permukaan bumi ini.
Monday, 8 April 2013
Kisah betapa sayangnya Nabi SAW kepada umatnya.
بسم الله الرحمن الرحيم
Yazid Ar-Raqqasyi dari Anas bim Malik r.a berkata : Sewaktu Jibril menceritakan kepada Nabi SAW mengenai neraka. Jibril menerangkan 7 pintu neraka dan penghuni pada setiap pintu :
Pintu yang terbawah bernama alhawiyah untuk orang-orang munafik dan orang-orang kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat Nabi Isa a.s serta keluarga Firaun.
Pintu yang kedua bernama Jahim untuk orang-orang musyrikin.
Pintu yang ketiga bernama saqar untuk orang-orang shobiim.
Pintu yang keempat bernama ladha untuk Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi.
Pintu yang kelima bernama huthomah untuk orang Yahudi
Pintu keenam bernama sa'ier untuk orang kristian (Nasara)
Kemudian Jibril diam seketika dan segan pada Rasulullah sehingga Rasulullah tanya : Mengapa engkau tidak terangkan penduduk pintu ketujuh? Maka Jibril menjawab : Di dalamnya orang-orang yang berdosa besar dari umatmu yang sampai mati belum sempat bertaubat. Maka Nabi SAW jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibril meletakkan kepala Nabi di pangkuan Jibril sehingga sedar kembali, dan ketika sudah sedar Nabi bersabda : Ya Jibirl sungguh besar kerisauanku dan sedihku, apakah ada seorang dari umatku akan masuk ke dalam neraka? Jawabnya : Ya, iaitu orang berdosa besar dari umatmu.
Kemudian Nabi SAW menangis, Jibirl juga menangis, kemudian Nabi SAW masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah. Sehingga sahabat baginda Umar dan Salman Al-Farisi datang ke rumah baginda tetapi tidak dapat bertemu Nabi. Nabi SAW menangis di dalam rumahnya selama beberapa hari sehingga sebam muka baginda kerana mengenangkan umatnya.
Betapa seksa dan ngeri penyeksaan yang dihadapi oleh umat Rasulullah di dalam neraka. Allah memanggil Jibril : Pergilah engkau lihat keadaan mereka di dalam neraka. Maka pergilah Jibril kepada Malik yang sedang duduk di atas mimbar di tengah jahanam. Dan ketika Malik melihat Jibril segera bangun hormat berkata : Ya Jibril mengapakah engaku datang ke sini? Jawabnya : Bagaimana keadaan rombongan maksiat dari umat Muhammad SAW? Jawab Malik : Sungguh ngeri keadaan mereka dan sempit tempat mereka, mereka telah terbakar dan daging mereka kecuali muka dan hati mereka masih berkilauan iman. Jibril berkata : Bukalah tutup mereka supaya saya dapat melihat mereka, maka Malik menyuruh Zabaniyah membuka tutup dan ketika mereka (penghuni neraka) melihat Jibril mereka mengerti bahawa ini bukan malaikat bahagian menyeksa, lalu penghuni neraka bertanya : Siapakah hamba yang sangat bagus rupanya itu? Jawab Malik : Itu Jibril yang biasa membawa wahyu kepada Muhammad SAW. Dan ketika mereka mendengar nama Muhammad SAW maka serentak menjerit : Ya Jibril sampaikan salam kami kepada Muhammad SAW dan beritakan bahawa maksiat kamilah yang memisahkan kami dengannya, dan beritakan kepadanya keadaan kami. Maka kembalilah Jibril menghadap Allah, lalu ditanya : Bagaimana kamu melihat umat Muhammad? Jawabnya : Ya Tuhan alangkah buruk keadaan mereka. Lalu bertanya Allah : apakah mereka minta apa-apa kepadamu? Jawabnya : Ya mereka meminta sampaikan salam kepada Muhammad.
Jibril datang berjumpa Muhammad lalu berkata : Ya Muhammad saya datang dari rombongan orang yang durhaka dari ummatmu mereka menyampaikan salam kepadamu dan mengeluh bahawa sangat buruk keadaan yang mereka alami.
Maka pergilah Nabi SAW ke bawah Arasy sujud dan memuji Allah dengan pujian yang tidak pernah diucapkan oleh seorang makhlukpun, sehingga Allah menyuruh Nabi : Angkatlah kepalamu dan mintalah nescaya akan diberi, dan ajukan syafaatmu pasti akan diterima, maka Nabi SAW bersabda : Ya Tuhan orang-orang derhaka dari umatku, telah terlaksana pada mereka hukum-Mu, maka terimalah syafaatku. Allah berfirman : Aku terima syafaatmu terhadap mereka, maka pergilah ke nereka dan keluarkan daripadanya orang yang pernah mengucap "La ilaaha illallah" maka pergilah Nabi SAW ke neraka dan ketika dilihat oleh malaikat Malik segera ia bangkit hormat, lalu ditanya : Hai Malik bagaimanakah keadaan umatku yang derhaka? Jawabnya : Alangkah buruk keadaan mereka dan sempit tempat mereka, lalu diperintah bukalah pintu dan angkat tutupnya, maka apabila orang-orang neraka itu melihat Nabi Muhammad SAW mereka menjerit : Ya Muhammad, api nereka telah membakar kulit kami, maka dikeluarkan semuanya berupa arang, lalu di bawa mereka itu ke sungai di muka pintu syurga yang bernama Nahrul hayawan, da disana mereka mandi kemudian keluar sebagai orang muda gagah elok, bulat matanya, sedang wajah mereka bagaikan bulan, tertulis di atas dahi mereka aljahanamiyun (orang-orang jahanam yang telah di bebaskan oleh Allah.) Dari neraka, kemudian mereka masuk ke syurga, maka apabila orang-orang neraka melihat kaum muslimin telah dilepaskan dari neraka, mereka berkata : Aduh sekiranya kami dahulu Islam tentu kami dapat keluar dari neraka, demikianlah sebagaimana Firman Allah : Rubamaa yawaddul ladziina kafaruu lau kaanu muslimin (Pada suatu saat kelak orang-orang kafir ingin andaikan mereka menjadi orang muslimin.)
Lihatlah betapa besarnya kasih sayang Nabi SAW kepada kita sehinggakan baginda menangis selama beberapa hari akibat mengenangkan nasib kita (umatnya). Semoga kita semua dapat syafaat daripada baginda di akhirat kelak.
ALLAHUMMA SOLLI ALAA SAYYIDINA MUHAMMAD
ALLAHUMMA SOLLI ALAA SAYYIDINA MUHAMMAD
ALLAHUMMA SOLLI ALAA SAYYIDINA MUHAMMAD
Rasulullah S.A.W Tiada Bayang-bayang
Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh..
Alhamdulillah washolatu wasalamu ala rasulillah,wa ala ali wa shobihi waman wala.Asyhadu alaa ilaha ilallahu wadahulasyarikalah.Wa asyhadu anna muhammadan abduhu warasuluh..
Kita sering mendengar kisah-kisah mukjizat junjungan kita Rasulullah Saw.. kita juga sering mendengar banyak tentang Rasulullah saw dari serban baginda yang mulia hingga sepatunya (selipar).Tetapi tidak pernah kita dengar orang ceritakan tentang ciri-ciri bayang-bayang baginda.kenapa???
Tahukah anda, Baginda saw tidak memiliki bayang-bayang..!
Bagaimana boleh??
Sebenarnya rasulullah saw memiliki anggota tubuh yang memancarkan cahaya (Nur).Ingat lagi tak kisah suatu ketika di malam yang gelap ‘Aisyah tercari-cari jarum yang jatuh. Lalu Rasulullah SAW masuk ke dalam rumah. Betapa bercahayanya wajah Rasulullah SAW sehingga jarum yang jatuh itu dapat dilihat oleh ‘Aisyah lalu dia dapat mengutipnya. Berkata ‘Aisyah, “betapa bercahayanya wajahmu wahai Rasulullah, siapakah nanti yang tidak akan dapat melihat wajahmu ini di hari akhirat”. Jawab Nabi Muhammad SAW, “orang yang tidak dapat melihat wajahku adalah orang yang sombong terhadapku”. Tanya ‘Aisyah, “siapakah yang sombong terhadapmu ya Rasulallah?”. Jawab Nabi Muhammad SAW, “orang yang mendengar namaku disebut dan dia tidak mengiringinya dengan berselawat kepadaku, itulah orang yang sombong kepadaku”.
Diriwatakan oleh Ibnu Abbas RA:
"Nabi S.A.W tidak mempunyai bayang-bayang. Tidaklah Baginda S.A.W berdiri di bawah sinaran matahari melainkan cahaya baginda S.A.W mengalahkan cahaya matahari. Tidaklah Baginda S.A.W berdiri bersama suatu lampu melainkan cahaya baginda S.A.W mengalahkan cahaya lampu tersebut"
(* al-Zarqani, Syarah Mawahib al-Laduniyyah, Jilid 7, Halaman 200)
Ingatkah juga kisah yang diceritakan ketika Siti Aminah binti wahab lahirkan rasulullah? diceritakan ketika Rasulullah saw lahir satu cahaya yang sangat kuat terpancar dan menuju kelangit seperti anak panah dan menerangi langit. Dalam riwayat terdahulu menyatakan bahawa cahayanya dapa dilihat hingga ke Negeri Syam, yang mengambil masa 15 hari perjalanan dari Mekah.
Gambar hiasan
Banyak lagi kisah/riwayat yang menceritakan tentang tubuh rasulullah yang bercahaya.. tapi saya kongsikan dua kisah ini sahaja kerana dalam tajuk ni saya nak ceritakan tentang bayang-bayang rasulullah.
Habis tu? apa kaitan tubuh yang bercahaya dengan bayang-bayang???
Apakah cahaya yang memancarkan kepada cahaya.. cahaya tersebut menghasilkan bayang-bayang??? ambil lampu picit suluh kedinding bilik di bawah cahaya lampu bilik anda.apakah cahaya lampu picit tersebut menghasilkan bayang-bayang??begitulah jua halnya berkenaan bayang-bayang rasulullah saw.
Al-Hakim al-Tirmizi meriwayatkan daripada Zakwan: “Sesungguhnya Rasulullah SAW itu tidak mempunyai bayang-bayang sama ada ketika berada di bawah sinar matahari, mahupun bulan.”
Syekih Soleh Ibnu Muhammad al-Azhari R.A menyatakan, matahari dan bulan tidak mempunyai bayang-bayang. Begitu juga Nabi Muhammad S.A.W tidak mempunyai bayang-bayang kerana beberapa perkara. Di antaranya ialah :
1) Sekiranya Baginda S.A.W mempunyai bayang-bayang, dikhuatiri bayang-bayang Baginda S.A.W akan dipijak oleh tapak kaki manusia. Jika bayang-bayang Baginda S.A.W dimuliakan sedemikian rupa, apatah lagi zat Baginda S.A.W yang mulia.
2) Supaya orang Kafir tidak dapat menghina Rasulullah S.A.W dengan memijak bayang-bayang Baginda S.A.W. Justeru, ulama' mengatakan, jika Rasulullah S.A.W mempunyai bayang-bayang, maka sudah tentu haram memijaknya dan sesiapa yang memijaknya dengan sengaja adalah kufur, sepertimana kufurnya orang yang sengaja kencing di tempat-tempat yang pernah diduduki oleh Rasulullah S.A.W
(Syeikh Soleh ibnu Muhammad al-Azhari, al-Muntaqa al-Nafis, Halaman 174)
Agung dan hebatnya Nabi junjungan kita Muhammad SAW...Shollu alan nabi!!
Allahumma sholli ala muhammad wa ala ali muhammad.
Kecantikan Dan Keindahan Fizikal Rasulullah S.A.W
Bismillahir-rahmanir-rahim...
Adalah di luar kemampuan manusia untuk melukiskan gambaran mengenai rupa bentuk Rasulullah SAW, jauh daripada kesanggupan sesiapapun untuk menceritakan insan yang penuh cahaya ini. Walau bagaimanapun para sahabat (r.anhum.) disebabkan jiwa mereka yang bercahaya dan mempunyai kesanggupan, telah cuba menggambarkan rupa bentuknya untuk memberikan sedikit bayangan Baginda SAW kepada kita untuk memuaskan hati kita dengannya.
Sheikh Hafiz Abu Isa Muhammad Ibn Isa Tirmizi
'Allamah Qurtubi (rahmatullah 'alaihi) berkata bahawa keseluruhan kekacakan Rasulullah SAW tidaklah dizahirkan, jika tidak, maka manusia tidak dapat menolehkan sedikit pandangan pun ke arahnya.
Seorang penyair Parsi telah menyatakan dengan benar bahawa segala kekacakan yang dipunyai oleh sekalian nabi dan Rasul telah didapati sempurna sifatnya (terserap sempurna) pada diri Rasul terakhir SAW.
Kecantikan Nabi Yusuf terserlah dengan sepenuhnya berbanding dengan kecantikan Rasulullah SAW di mana ianya tidak diserlahkan oleh Allah SWT dengan sepenuhnya.
Sesungguhnya adalah merupakan sebagai satu tanggungjawab yang besar ke atas ummat yang telah dipikul oleh para sahabat (r.anhum.) yang mana bukan sahaja mereka mencatatkan dan memindahkan Hadis-hadis Rasulullah SAW tetapi juga berusaha menggambarkan rupa bentuk luarnya dan berjaya di dalam usaha ini (ke tahap yang sungguh bernilai sekali).
Al-Barra' bin 'Azib r.a. berkata bahawa beliau tidak pernah melihat sesiapa yang terlebih tampan daripada Rasulullah SAW. Di dalam riwayat yang lain, Saiyidina Ali r.a. berkata bahawa beliau tidak pernah melihat sesiapapun yang terlebih kacak dan segak sama ada sebelumnya atau sesudahnya.
Hind r.a. berkata bahawa wajah Rasulullah SAW menyinar seumpama bulan purnama penuh.
Jabir r.a. meriwayatkan bahawa suatu ketika semasa malam bulan terang benderang,
"Daku sedang melihat kepada wajah Rasulullah SAW dan juga ke arah bulan, tetapi mengikut pandanganku, wajah Rasulullah SAW terlebih cantik daripada bulan."
Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW tersangat putih seolah-olah baginda dijadikan daripada perak.
Biodata Muhammad Rasulullah S.A.W
BIODATA RASULULLAH SAW
Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
Tarikh
lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masehi
(dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah
Abrahah yang menyerang kota Kaabah).
Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.
Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW).
Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).
USIA 5 TAHUN
Peristiwa
pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk
mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.
USIA 6 TAHUN
Ibunya
Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa '
(sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah). Baginda
dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan
dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.
USIA 8 TAHUN
Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia. Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.
USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
Bersama
bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.
· Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira
(Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang
pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada
masa itu.
USIA 20 TAHUN
Terlibat
dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' , jilid1,
halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14
atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan
berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja. Menyaksikan '
perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi pertolongan
kepada orang yang dizalimi di Makkah.
USIA 25 TAHUN
Bermusafir
kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti
Khuwailid Al-Asadiyah. Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah;
lelaki suruhan Khadijah. Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan
beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad
(bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun
ketika itu. Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500
dirham.
USIA 35 TAHUN
Banjir
besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah. Pembinaan semula
Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Makkah. Rasulullah
SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke tempat asal
dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu
tersebut.
USIA 40 TAHUN
Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.
USIA 53 TAHUN
Berhijrah
ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar
Al-Siddiq. Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September
622M.
USIA 63 TAHUN
Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.
ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW
Khadijah Binti Khuwailid.
Saudah Binti Zam'ah.
Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab).
Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
Zainab Binti Jahsy.
Maimunah Binti Harith.
Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin).
ANAK-ANAK RASULULLAH SAW
Qasim
Abdullah
Ibrahim
Zainab
Ruqaiyah
Ummi Kalthum
Fatimah Al-Zahra '
ANAK TIRI RASULULLAH SAW
Halah
bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina
Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah,
Khadijah adalah seorang janda).
SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW
IBU SUSUAN/SAUDARA SUSUAN
Thuwaibah
Hamzah
Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad
SAUDARA SUSUAN
Halimah Al-Saidiyyah
Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
Abdullah bin Harith bin Abdul ' Uzza
Syaima ' binti Harith bin Abdul ' Uzza
' Aisyah binti Harith bin abdul ' Uzza
BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW
(ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)
Al-Harith
Muqawwam
Zubair
Hamzah ***
Al-Abbas ***
Abu Talib
Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)
Abdul Ka ' bah
Hijl
Dhirar
Umaimah
Al-Bidha (Ummu Hakim)
Atiqah ##
Arwa ##
Umaimah
Barrah
Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) ***
*** Sempat masuk Islam.
## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.
Sabda Rasulullah SAW:
"Sesiapa
yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku.
Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam
syurga." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )
Nabi Muhammad SAW - Manusia Agung
KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH. Begitu
indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang
pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan
keIslaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda.
Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:
· Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw
· Aku melihat cahaya dari lidahnya.
· Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit.
· Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
· Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
· Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
· Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.
· Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.
· Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
· Wajahnya seperti bulan purnama.
· Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.
· Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.
· Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.
· Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut.
· Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya.
· Mulut baginda sederhana luas dan cantik.
· Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
· Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
· anggutnya penuh dan tebal menawan.
· Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca.
· Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.
· Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
· Rambutnya sedikit ikal.
· Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah bahu tapidisisir rapi.
· Rambutnya terbelah di tengah.
· Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat.
· Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih drpd biasa.
· Seimbang antara kedua bahunya.
· Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar dan tersusun dgn cantik.
· Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.
· Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.
· Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.
· Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
· Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan putih.
· Warna putihnya lebih banyak.
· Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.
· Warna kulitnya putih tapi sihat.



Categories :
Unknown









