Saturday, July 25, 2015

5-Penyakit-Ini-Mengintai-Orang-Bertubuh-Gemuk



Kecergasan tubuh kita memang tidak sekadar diukur dari angka di timbangan badan. Namun, ada beberapa alasan yang harus anda fahami agar mau selalu waspada menjaga berat badan. Fakta mengungkap, kelebihan berat boleh menganggu fungsi tubuh dari hujung rambut hingga kaki.

Waspada, -5-Penyakit-Ini-Mengintai-Orang-Bertubuh-Gemuk

Kanser
Rokok merupakan penyebab utama munculnya kanser. Namun, obesiti dan aktiviti fizikal yang rendah juga turut meningkatkan risiko terkena kanser. Apalagi kanser merupakan penyakit akibat gaya hidup dan pola makan tidak sihat.

"Kegemukan menjadi faktor utama terjadinya kanser usus dan payudara pada wanita usia menopause," ujar Kathy Chapman, nutritionist dari The Cancer Council NSW yang dilansir Fitness.

Gerakan sukan mampu merangsang fungsi rangkaian otot, termasuk usus. Ini merangsang gerak peristaltik pada usus sehingga sel jahat di usus tidak bersentuhan atau melekat lama di dinding usus yang akhirnya menyebabkan kanser.

Hormon yang dihasilkan semasa anda bersenam (endorphin dan testosteron) selain ampuh mengikis lemak, ternyata boleh menekan hormon yang mempercepat tumbuhnya kanser. Pada wanita peningkatan hormone testosteron boleh mengawal hormon estrogen yang banyak dimiliki perempuan. Estrogen yang berlebihan amat sensitif mencetuskan sel kanser.

Diabetes
Pesakit obesiti mempunyai kemungkinkan 4 kali lebih besar terkena diabetes ketimbang yang bertubuh ideal. Kebiasaan makan berlebihan dan tidak sihat yang berujung pada kegenukan mendorong adanya penolakan insulin pada tubuh hingga mencetuskan datangnya penyakit diabetes jenis 2.

"Obesiti akibat makan berlebih membuat insulin tidak berfungsi dengan baik dan melonjakkan kadar gula darah di dalam tubuh. Kesan buruknya, terjadilah diabetes, "ujar Dr.Ngai Wah Cheung, dari Sydney Medical School, Australia.

Penyakit Kardiovaskular
Kegemukan telah lama menjadi punca utama risiko penyakit jantung, strok, dan gangguan pada kawasan kardiovaskular seperti penyumbatan pembuluh darah. Pemilik "tubuh subur" juga berisiko lebih besar mengalami tekanan darah tinggi. Kecenderungan angka diabetes yang meningkat akibat obesiti makin mengakibatkan masalah besar pada risiko kesihatan masyarakat.

"Penyelidikan kami membuktikan bahawa 70 peratus pesakit diabetes umumnya meninggal akibat penyakit kardiovaskular yang disebabkan kelebihan berat badan, bukan dari penyakit utamanya diabetes," tambah Dr. Lyn Roberts, pimpinan Heart Foundation, Australia.

Kesuburan
"Wanita bertubuh gemuk ternyata juga mengalami kesukaran untuk hamil," ujar Profesor Rob Norman, Fertility Specialist, University of Adelaide, Australia.

"Wanita yang mempunyai bentuk tubuh epal, mempunyai berat tambahan di bahagian tengah tubuh. Biasanya mereka punya tahap insulin dan testosterone yang lebih tinggi. Jika ditambah obesiti maka bisa dipastikan akan makin mempengaruhi kesuburan. Begitu pula jika mereka over exercise, hormon juga menjadi tak stabil. Ini kerana hormon testosteron bertambah mengurangkan kerja hormon estrogen. Ini boleh mencetuskan sakit jantung dan osteoporosis, "urai Rob.

Selain itu obesiti pada lelaki boleh menekan fungsi testis hingga mengakibatkan pada level kesuburannya. Ayo, cek body mass index (BMI) anda dan si dia untuk mengetahui bentuk dan berat badan yang sesuai agar dapat menjadi pasangan subur tanpa masalah.

Gangguan Sendi
Setiap tambahan lemak yang ditimbun di tubuh akan menambah tekanan pada pesendian anda, tiga kali ganda berbanding berat badan. Selain itu Dr.Julien de Jager, reumatologi menambah fakta berikut ini.

"Bukan hanya persendian penahan tubuh seperti kaki, lutut, dan pinggang yang terkena dampaknya, tapi juga persendian di tangan dan jari."

Kesan tubuh tambun juga akan menyebabkan berlaku kesakitan di tulang belakang atau punggung. Selain itu, otot bekerja tambahan keras kerana harus menahan berat tambahan.

0 comments:

Post a Comment